Sabtu, Januari 16, 2010

Menara gading itu.

Aku hendak tajuk entri ini ditulis, "Kebodohan akan terselah,"

Tapi aku tukar setelah aku dengar lagu Tiara yang ada sebut pasal 'menara gading'.


Sebalik...

Tinggi mana kita pergi, susah nak gapai langit. Jadi angkasawan, boleh!


Sistem pendidikan formal memang adalah perkara biasa untuk waktu sekarang. Dulu ada pilihan, belajar dengan atuk di rumah, panggil cikgu datang rumah, mak ajar ABC sambil pegang senduk (home-schooling). Kiranya, (aku ambil Malaysia) semua orang akan masuk tadika sejak berusia 6 tahun. Kalau nak kasi advance kat otak anak tu, hantar seawal 4 tahun. Bolehlah training anak itu bangun awal bila masuk Darjah 1.

Itu yang aku lihat pada adik aku paling kecil.

Dia datang ke tadika sebagai anak seorang guru tadika. Datang buat anak orang menangis, malas nak belajar sebab tahu mak dia adalah seorang guru tadika. Macam back-up besar, ada mak dia beb!. Bila nak balik, seru nama aku depan pintu. Campak beg, bukak baju campak sepah-sepah gitu lepas tu rampas remote Astro dari aku. Dan dia akan kontrol TV sehingga dia tidur. Baju dan beg yang bersepah aku kutip. Semua itu berlaku bila dia hanya berumur 5 tahun.

5 tahun dah malas belajar, itu yang adik aku cakap bila suruh belajar membaca, "MALAS!"


Sebabkan zaman modenisasi, banyak pengaruh untuk berkata MALAS. Macam contoh adik aku, kecilnya dah tau Astro, PSP, XBox, BMW, Ferrari, Traktor, Laptop, Internet malah iPod sekalipun.

Aku tahu bila hendak jadi pelajar malas adalah bila aku masuk darjah 2. Darjah 1 aku adalah pelajar biasa, kecil. Masa itu aku tak tahu nak mendalami sangat zaman sekolah. Aku ikut je apa yang cikgu buat. Cikgu suruh sebut A, aku cakap A. Cikgu kata 2 tambah 2 adalah empat, maka aku tahu jawapannya empat. Balik aku tidur. Aku paling tak boleh lupa, setiap kali ada kerja rumah, pasti aku menangis suruh mak atau ayah aku buat. Lepas itu aku dapat no 3 dalam kelas.

Masuk darjah 2 aku ponteng sekolah. Pernah sampai seminggu aku tak datang sekolah. Sekolah agama pun pernah sampai sebulan. Aku masih ingat mak aku suruh datang sekolah sebab minggu ini minggu periksa. Aku datang, ustazah bagi kertas ujian...dan sepatah apa aku tak tahu. Begitu juga dengan peperiksaan akhir tahun. Banyak kali aku disebat oleh ayah aku sebab malas pergi sekolah, diugut suruh bermalam di luar rumah andaikata aku tak pergi sekolah.

Banyak kali makcik-makcik, jiran sebelah tanya kenapa tak datang sekolah,

...aku cakap, "MALAS!".

Lihat, pada umur aku 8 tahun aku dah tau cakap malas. Nenek aku risau, siap bawa aku jumpa ustaz/pawang mana suruh bacakan doa-doa bagi aku semangat nak belajar. Siap kena sapu muka dengan air apa entah, aku rasa air Yassin kot. Sampai begitu sekali tahap malas aku.




Darjah 3 aku jadi pelajar yang tidak malas lagi.

Apa motivasi masa aku kecil ketika itu?

Aku dapat nombor last dalam kelas. Budak-budak ejek sebab dapat nombor last. Sebab itu darjah 3 aku dapat nombor 3 balik, darjah 4 nombor 1 .

Sebab lain, adalah cikgu matematik aku ketika itu (cikgu Yusoff). Dia buat sistem ganjaran, siapa dapat jawab dengan betul semua dalam peperiksaan atau ketika kena soal secara rambang dia akan bagi seringgit!

Sebab lain juga, ada cikgu Singh jadi penolong guru besar. Kalau dia nampak budak main belalang dia panggil, aku lah orangnya. Dia panggil suruh baca satu muka surat novel remaja Kenari. Dia hanya dengar je, lepas tu dia bagi 50 sen - untuk bacaan satu muka surat.

Aku sedar aku adalah malas ketika Darjah 2. Ini yang aku dapat sekarang.

Menara gading.

Adik aku sedar dia adalah malas bila umur dia 6 tahun. Secara tiba-tiba dia nak ke tadika, dan aku dikhabarkan dia jadi wakil tadika untuk pertandingan membaca.


Perbezaan umur kami adalah sedekad dan 6 tahun.

Adik aku kenal nama aku sejak kecil tapi tak tahu yang abangnya adalah 8 kali ganda besar dari dia ketika kali pertama otak dia boleh cam muka orang.

Sengal.

Kebosanan mencipta kelainan.

5 ulasan:

Fiffy Syafiqa Hazirah berkata...

wakak.. jauh giler beza umur adik ko ngn ko.. leh jadi bapak dia weh ko..

farra berkata...

sengal la ko ni~

~chocOlatte87~ berkata...

entry rindu family kat malaysia ek?~ :)

amin zaini berkata...

teringat aku main belalang time skolah dulu..haha..

DandelinoiD berkata...

fifie: kau leh jadi mak gak...

farra: TQ!

choc: binasalah kalau aku cakap x.

amin: kau kan yang curi belalang aku?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...