Khamis, Januari 14, 2010

Kursus Kahwin

Panduan Sebelum Kahwin: Cursing Malay

Semua orang ingat aku main-main masa aku cakap bulan Januari tahun lepas. Malah aku dipersendakan lagi dengan niat aku nak mendaftarkan diri ke kursus perkahwinan. Masa itu aku fikir, bukan hanya bila hendak kahwin bulan depan baru nak terhegeh-hegeh nak cari kursus kahwin. Aku rasa walaupun kau baru habis SPM tapi dengan perasaan ingin tahu bagaimana sistem rumahtangga itu sendiri pun boleh daftar, kot.

Itu yang aku faham mengenai kursus kahwin!

Kursus kahwin ni tak termasuk dalam rukun nikah pun. Tapi disebabkan sebaik-baiknya ikutlah undang-undang yang sedia ada.

Suatu petang...

Kawan aku tanya, "Kau buat apa cuti lama-lama sebulan kat Malaysia ni?"
Macam biasa, aku garu kepala untuk benda yang ragu, "Entah!"
"Cuti tak plan! Habis cuti kau nanti,"
"Aku rasa kan...aku nak daftar kursus kahwin la,"
"Uiks, macam dah ada bakal bini lak," seloroh kawan aku.

Sejak dari itu, aku jadi bahan. Tak ada calon, tapi dah ada niat nak daftar kursus kahwin.

Idea aku nak daftar kursus kahwin ni datang apabila aku banyak kali melihat di papan kenyataan surau/masjid yang kerap aku pergi ketika solat Jumaat. Dari situ aku rasa 'tiba-tiba' nak daftarkan diri masuk ke kursus kahwin.

Tapi, niat aku hendak daftarkan diri ke kursus kahwin terpaksa dibatalkan dengan drastik.

Tapi, jangan lupa niat aku hendak berkahwin masih ada lagi!





Sejak kebelakangan ini aku banyak buat entri yang berkaitan tentang perasaan aku. Ye, aku perasan benda itu. Dan sekarang banyak menjurus yang lebih 'dewasa' lagi, lagaknya. Aku adalah lelaki biasa yang tak tahu makan aiskrim Cornetto tapi boleh makan aiskrim yang menggunakan sudu. Kiranya, normal-lah bagi aku cerita pasal awek yang aku jumpa di tangga, di koridor, atau benda-benda pervert yang berlaku dalam kehidupan seharian aku.

Aku normal kan?

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

[z@ck] berkata...

aku menyesal tak pergi kursus kahwin time promotion..
mana nak dapat RM 60 untuk kursus kahwin kan..

huhuhu

DandelinoiD berkata...

kaki seb-ing ke kau ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...