Ahad, Januari 10, 2010

Ilmu Hisab dan Matematik.

Pernah juga aku baca buku/novel bahasa Melayu yang menebal. Lepas aku baca beberapa buah buku, jalan cerita macam senang nak agak. Tapi tak tahu lah sekarang macam mana. Peminat novel Melayu kata Awang Murshid memang mantap. Aku cuma banyak kali memegang buku/novel Melayu: kawan-kawan aku menggunakan aku untuk jadi posmen tanpa bayaran.

Kerja post terakhir aku adalah menghantar buku Mikhael (?) kepada kawan aku yang lain.



Buku Harry Potter and the Sorcerer Stone.

Tajuk dia kira menarik, bukan? Sebab dia selit Sorcerer, dah macam gah sungguh tajuk buku itu. Pemilihan tajuk untuk sesuatu buku/novel/artikel memanglah penting. Untuk membuatkan pembeli merasakan buku ini patut beli ke tidak. Macam deretan buku yang aku ada, hampir semua menyelitkan tentang bahawa pentingnya pemilihan tajuk.

Tapi kalau diterjemahkan ke Bahasa Melayu, memang agak kureng sedikit.

Buku Harry Potter dan Batu Hikmat.

Mana satu yang sedap didengar? Aku rasa transilasi mengenai 'batu hikmat' macam aku hendak baca buku hikayat Hang Tuah dan Hang Jebat. Terasa ada kuno-nya. Ini pandangan aku, kau apa hal tak puas hati lak?

Ini paling terbaru, aktiviti transilasi novel puntianak popular ke bahasa Melayu.



Sumber: OwhAlia, Introversa Bintang!

Ok kan?




Aku rasa nak kasi ramai budak-budak berminat belajar Matematik, apa kata tukar nama kepada Ilmu Hisab. Mesti ramai nak masuk kelas Matematik.

Dulu serius terasa bangang, nenek aku sebut, "Belajar ilmu hisab tak kat sekolah?". Masa itu aku hanya terbayang aktiviti hisap menghisap aiskrim pop.

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

jumari jipan berkata...

aku x penah lulus ilmu hisab peringkat sekolah menengah. tp adik aku yg setahun lg muda sekarang sudah pegang master matematik.

What does that tell you? haha :

Unknown berkata...

belaja tawarikh la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...