Sabtu, Januari 09, 2010

Aktiviti Bangsat: Marathon Lord of The Ring

Semalam adalah hari Jumaat.

Maknanya...aku tidak menaip entri yang lapuk yang mengguna automatikali publisher! Aku menaip secara LIVE sekarang.

Sekarang aku mampu senyum sikit, sebab salah satu syarat graduasi dapat dipenuhi malah tak sangka-sangka aku mendapat keputusan yang bukan 'terbaik', tapi masih mampu membuatkan aku sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Sepatutnya, aku tak perlu beritahu perkara ini. Tapi, inilah yang berlaku kalau aku sudah mengabaikan blog aku serta bacaan berita semasa (aku dah tak baca paper hampir 3 bulan (?) kot.

Semalam adalah hari Jumaat.

Balik dari Busan tak tahu hendak buat apa. Belek sana, belek sini aku jumpa koleksi filem lama - Lord of The Ring Extended Edition. Petang itu aku fikir samada patut tengok ke tak. Kalau nak tengok filem trilogy kena tengok ala-ala marathon. Itu yang selalu aku buat bila hendak tengok filem The Godfather dan The Matrix. FIlem Italy, The Best of Youth hendak aku juga tengok gaya marathon tapi tak mampu kerana durasi filem itu begitu lampau-lampau lama!


Dan semalam aku sekali lagi melakukan aktiviti bosan lampau, menonton LOTR. Aku bermula tekan punat play di keyboard bahagian atas pada pukul 8:03 malam. Dan duduklah aku dikerusi kayu yang tiada keempukannya dan memandang tepat pada skrin LED 13 inch.

Perkara yang berlaku ketika tempoh marathon:

1. Roomate Korea aku dah pandai buat lawak pasal bangsa Jawa, tapi aku tak endah.
2. Dua kotak takoyaki pedas sudah dilantak. Satu kotak takoyaki umpama makan nasi lemak diwaktu pagi. 2 kotak? Pandai-pandailah fikir sendiri
3. Dua perisa rameyon sudah ditelan. Makan dalam plastik rameyon itu sendiri memandangkan hendak cepat.
4. Sepinggan nasi briyani yang telah dikirim melalui Abang & Acap juga ditelan.
5. Satu jug besar teh panas sudah dibuat, disebabkan letak hampir dengan tingkap akhirnya teh itu jadi teh ais tanpa sedar.
6. Pisang se-ikat juga tiba-tiba hilang, sudah ditelan. Biasanya seikat untuk 3 hari.
7. 3 cup air kopi sudah diminum yang dibeli melalui vending machine. Ini semua ketika jam sudah menunjukkan 3 pagi, aku mula pening lalat.
8. 2 botol kecil air mineral sudah ditogok.
9. Membaca peta MIddle Earth semula. Peta ini sebenarnya adalah wujud dalam alam fantasi saja.
10. Membaca beberapa WiKi untuk watak-watak yang aku sudah lupa.
11. Mengkaji apa beza antara Orc dan Elf.
12. Banyak kali aku menyebut, "My Precious!, My Precious!" setiap kali Gollum keluar.
13. Menghafal salah satu kata-kata Nazgul: "Don't come between Nazgul and his prey!" dan "No man can kill Nazgul!"
14. 4 batang korek telinga sudah dipakai. 2 pertama ada tahi, 2 terakhir sekadar hendak geli-geli telinga.
15. Gosok gigi 2 kali. Ketika jam pukul 1 pagi dan bila 6 pagi.
16. Kawan aku memberi khabar yang dia akan masuk meminang anak dara orang tahun ini.
17. Sempat membasuh longgokan baju kotor setelah diperap 3 hari.

Aku berhenti pada pukul 7 setengah pagi begitu. Tak ingat sangat, sebab dah mamai sangat.

Aku bangun pukul 11 pagi tadi, aku rasa excited nak tulis benda yang baru berlaku!

PS: Aku hanya skip bahagian terakhir filem yang memaparkan siapa pelakon, pengarah, jurumekap, itu memakan masa hampir 20 minit. Tapi aku layan juga pada trilogi terakhir sebab ianya lagu Hobbit!

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

zach berkata...

akhirnya!!!!
hahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...