Isnin, Disember 14, 2009

Ibu dan anak yang suka membaca Doraemon.

Kalau anak itu lelaki, dia ikut muka emak.
Kalau anak itu perempuan, dia ikut muka bapa.

Betul ke?

When i Was A Child...


Aku rasa tidak, kot.

Hari ini bukan hari ibu pun. Cuma tadi aku saja-saja tengok animasi Doraemon.

Aku tak ada hiburan-hiburan macam budak-budak sekarang. Tak ada playstation, ipod touch, Astro, dan macam-macam lagi. Balik-balik, main bola cap-ping yang menyakitkan badan, konda-kondi. Petang pula, basikal. Kira dah rempit habis ada basikal gear mati beb. Leh pecut kalahkan basikal BMX kawan aku. Kalau nak main game pun, pergi rumah kawan aku. Aku rasa aku dah cerita pasal aku main game siap ponteng solat Jumaat.

Mungkin mak aku takut aku menjadi bosan dirumah. Nasib baik ketika itu bukan zaman internet. Mana tahu, aku mungkin sudah memiliki blog walaupun berusia 8 tahun? Rancangan kartun pun, apa yang muncul kat TV. Tiada Astro.

Dulu aku selalu dibawa berjalan-jalan di kompleks PKNS. Di situ ada kedai buku Marwilis. Ada satu sudut, bahagian buku-buku kartun. Aku selalu memiliki impian ingin mempunyai rak buku yang penuh dengan deretan buku-buku Doraemon. Sebab aku rasa masa kecil begitu kool sekali ada buku Doraemon semua jilid.

Aku pernah nak beli komik macam Wira Tunggal, Pendekar Laut ataupun Dragon Ball. Tapi selalu dilarang. Mak aku akan mengomel, "Buku apa ni? Tak elok, tak elok!". Dan, aku akan diam untuk beberapa ketika. Simbol merajuk.

Lepas itu, aku tunjuk buku Doraemon. "Nak yang ini boleh?".

Tanpa respon negatif, di ambil buku itu dan di bayar.

Aku balik dengan senyuman. Dapat memiliki salah satu jilid buku Doraemon. Selepas itu, tiap kali aku dibawa ke kedai Marwilis di kompleks PKNS itu, aku akan pastikan. Aku akan keluar dengan satu jilid buku Doraemon.

Aku masih tak tahu kenapa buku Doraemon, aku tak dilarang untuk memilikinya. Tapi, bila aku beli Dragon Ball akan dengar suara, "Membazir je beli buku ni!".




Ini entri yang penuh persoalan, kenapa aku tidak dilarang membaca Doraemon. Aku tak pernah tanya kat mak aku soalan ini. Baik bertanya sementara masih sempat lagi.

PS: Kenapa Doraemon?

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

jumari jipan berkata...

Aku syak mak kau pun suka baca doraemon laa. bnyak teladan dlm citer tuu. haha.

pendekar laut aku ada 1-sampai abis.
wira tunggal 1-sampai sekarang still beli lagi..
dragon ball (mutiara naga)1-smpai abis [44? ke 45, ntah]. Amacam ?? nk pinjam ? ~~

Unknown berkata...

aku pun kumpul buku doraemon dulu..
sekarang entah ke mana hilang semuanyer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...