Isnin, November 23, 2009

Kisah bagaimana mula membenci Pengawas.

Kalau kita mengikut garisan kehidupan manusia sekarang, kita akan melalui fasa-fasa ini:

Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah, Menengah, Universiti.


Someday.


Mungkin ada yang lebih cerdik pandai, masuk pra tadika.

Lepas itu, membuatkan aku rasa fed-up dengan beberapa orang, "Tengok budak ini, baru umur 4 tahun dah reti membaca!". Memanglah, andaikata aku disogok kalau aku pandai membaca suratkhabar dapat robot Transformer, aku pun nak pandai membaca pada usia muda. Aku tengok golongan muda bawah aku (aku dah masuk golongan hampir tua), mereka segalanya senang. Nak pandai membaca ada banyak sistem. Sistem membaca Anakku, Cahayaku yang telah di evolusikan dengan pelbagai rima-rima pelik dan mimik muka untuk mengajar membaca.

Aku dulu diajar bulat-bulat. A adalah A, bukan bunyi seperti singa menganga. Contoh. B adalah B. C adalah C. Semudah itu, aku merangkak ke peringkat seterusnya.

Bila masuk sekolah rendah, bolehlah baca satu ayat dengan yakinnya. Dari satu ayat jadi satu perenggan. Akhirnya jadi karangan yang tidak lebih 120 patah perkataan. Aku masa ini tak ada banyak benda nak buat; tak macam sekarang, ada je benda nak buat.

Balik, balik main sep tiang.
Main galah panjang.
Kejar-kejar belalang.
Main laga-laga semut, ikan laga.
Konda-kondi sebelum tunggu bas.
Dan banyak lagi...

Semuanya, aku rasa seronok sehinggalah ada cikgu disiplin panggil aku suruh pakai baju warna biru. Baju pengawas. Mula-mula aku suka jadi pengawas sebab pakai kasut hitam dan pakai tie. Kira segak la, kononya. Pakai kasut hitam agak senang bagi aku. Sebulan sekali basuh kasut, tak macam kasut putih. Tapi jawatan pengawas meragut masa kanak-kanak aku.

Sebab apa?

Dulu hadiah paling mahal aku terima dari ayah aku adalah sebuah basikal. Setiap kali, aku pulang dari sekolah aku selalu berlumba dengan kawan aku. Sehinggalah kejadian aku terlanggar budak perempuan yang cewek dan kaki report. Aku dipanggil oleh guru disiplin merangkap penaung badan pengawas. Menegur aku, tingkah laku aku sebagai seorang pengawas.

Aku terpaksa kawan sikap aku, atas sebab aku tak mahu membasuh kasut putih setiap minggu. Akhirnya, aku masuk sekolah menengah dan aku menyimpan satu kata-kata, "Aku benci pengawas!".

Sekolah menengah ini terbahagi kepada 2; Rendah dan Tinggi.

Masa menengah rendah ini, aku tak fikir sangat pasal pengawas. Balik-balik muka ini yang akan periksa pakaian aku. Samada aku memakai lencana yang telah di jahit, bukan main tampal-tampal. Periksa samada aku pakai stoking ke tidak. Tag nama. Aku perasan masa waktu ini, pengawas ini suka bergaul dengan pengawas je. Aku fikir, status mereka akan jatuh andaikata mereka berkawan dengan orang biasa. Masa ini juga aku kenal-kenal istilah 'kaki report'.

Aku selalu ditangkap tidur ketika waktu prep (studi). Banyak kali aku menghadap pengawas-pengawas menengah tinggi. Menegur sikap aku yang suka tidur ketika waktu belajar. Paling yang aku tak boleh terima, ada pengawas membuat laporan yang aku balik lambat ke asrama atas sebab aku tengok final World Cup antara Brazil dan German.

Aku kena ketuk ketampi lebih 500. Gegar lutut. Aku benci pengawas.

Sekolah menengah tinggi.

Ini waktu aku tahu beberapa pengawas yang talam muka. Pengawas yang jadi baik depan guru-guru dan sebarang aktiviti terjah telah diketahui lebih awal. Pengawas macam ini, memanglah tali barut dalam badan pengawas itu sendiri. Tapi banyak peristiwa pengawas ini memberi respon positif pada aku.

Sekarang aku neutral terhadap pengawas. Aku dah keluar dari zaman-zaman melihat ada orang sebaya aku tapi ada kuasa lebih. Boleh periksa kocek aku samada aku bawa pisau Rambo atau side-burn aku ala-ala Elvis Presley.

Cabaran lebih besar adalah aku sekarang bakal berdepan dengan polis.

Lain kali bawa motor pakailah helmet. Tapi kalau helmet kena curi, macam mana? Nasib baik aku tak ditahan hari itu.

Kebosanan mencipta kelainan.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

oh.. aku dulu anti pengawas masa sekolah. sampailah aku sendiri dipaksa mnjdi pengws. hohoo.. bru taw keje pengawas susah gila. lg2 la member2 semua kaki nakal kt skolah. antara tanggungjawab dan kawan. antara tugas dan kehendak hati. huh.

Tanpa Nama berkata...

aku suka jadi pengawas time skolah rendah je
sebab kitorg dpt kuar rehat awal n mkn dulu!!

Judiene berkata...

moral yg aku dpt drp cte ko ni ialah pakai helmet kalo nak nek moto
;)

DandelinoiD berkata...

fifft - yerp, antara sbb lain benci pengawas adalah...kawan kita yang nakal. nak ditegur, cakap kita poyo. lebih baik mendiamkan diri, bukan?

tanpanama- itu aku setuju! apatah lagi bila kantin jual keropok lekor yang terhad.

judiene- yerp! kau faham apa yang tersirat. tanniah ~

happycloud berkata...

lawak pulak.HAHA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...