Isnin, Oktober 12, 2009

Sumpahan terhadap bekas pensil.

Aku hilang sekali lagi bekas pensil (pencil box).

Aku ingat bila ada bekas pensil ini aku akan jadi manusia yang teratur. Tak adalah aku mencari pemadam di hujung dalam bahagian beg, marker di sisi tepi atau pensil di mana-mana bahagian kocek seluar. Peralatan lain seperti gunting, pisau, pembaris serta liquid paper biasanya aku hanya letakkan di atas meja studi aku. Sebab rasanya akan begitu serabut bila dibawa bersama tanpa bekas pensil.

Cutie Pencil Box.

Ini bekas pensil yang diperbuat dari kertas buangan. Sudah penyek dihempap aku ketika tidur


Hari itu, aku hilang lagi bekas pensil.

Dalam pensil itu ada pensil kesukaan aku: Mechanical Pencil PILOT REXGrip.



Banyak kali ada siri kehilangan bekas pensil dalam kehidupan aku. Maka, aku rasa ada orang pernah menyumpah aku dengan berkata, "Orang macam kau tak layak pakai bekas pensil!". Dari kejadian kehilangan bekas pensil yang terbaru sampai sekarang, aku rela hanya membawa:

Sebatang pen dakwat basah PILOT G-2 0.5.
Sebatang pen dakwat kering Super Grip 1.0.
Sebatang pensil mekanikal warna oren PILOT REXGrip 0.5.
Sebatang pemadam 6.8 Eraser U&Me (pemadam dalam bentuk pen).

Semuanya ini akan dipegang bersama sambil berayun tangan kedepan dan kebelakang.

PS; Aku baru perasaan, baru sahaja menghilang gunting kesayangan seseorang. Ho! Sumpahan terhadap gunting pula? Maaf ye, Cik Hyda.

Kebosanan mencipta kelainan.

8 ulasan:

Judiene berkata...

ape kate pasni ko balut ngn kertas surat khabar je alat2 tulis ko
sng je, juz gne stapler je
bru org xcurik
ahahahahahahah

p/s ~ gunting tu hilang!? ade org curi nk gunting bulu XXX ke?? ahahahaha.. oopss!

ajidraai berkata...

haha, kau buat la pensil box tmbah sistem alarm.
kalau ade org nak curik dye berbunyik.

xpun kau taruk gps track kat pensil box tu.
kau boleh carik kalau hilang en.hahaha

ni idea engineer neh.haha ;))))

k.A berkata...

aku setuju dengan cadangan ajid.

sa_ya S A I D A H berkata...

masuk dlm beg plastik lagi senang..hehe..
btw, comel pencil box ko..haha

DandelinoiD berkata...

judiene: idea ko...haha gunting tu x tau la sapa amik la

ajid & k.A: wat la utk final year project kamu...lala

saidah: sbb tu hilang kot... comel sgt...

SiNuNa berkata...

fuhhh pencil box dia...
penuh dgn gmbr makanan kot..
ni mesti org yg curik tu lapar bebenor..

nizam baharin berkata...

ahhaha aku bawak pen sebatang..liquid paper..pensil dah..hahahah

lain-lain pinjam budak pompuan la..
dorg punya pencil box sure besar gila pastu penoh ngan harta karun..hehehe ;p

DandelinoiD berkata...

sinuna: oit...tajam mata kamu pada makanan.

nizam: kat deparment mechi x ramai gurl...adey. suma macam aku bwk pensel dan pen je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...