Isnin, Ogos 24, 2009

Tabik pada yang mempunyai obsesi.

Misalan pertama,

Kamu memang minat se-sangat artis Bollywood. Kamu pandai bergelek hindustan dalam bilik sambil memasang lagu-lagu hindi yang kerapkali bertukar baju dalam You Tube. Kamu simpan angan-angan muda, katanya nak pergi melancong ke utara India. Sebagai nak tunjuk minat pada orang lain yang betul-betul kamu ni minat Hindustan, kamu ada blog sendiri pasal gosip-gosip artis Bollywood. Lepas itu letak pula satu widget playlist ditepi, memainkan lagu Hindustan yang terbaru.

Misalan kedua,

Kamu minat budaya Jepun. Dari kecil kamu dah jumpa buku Dragon Ball. Tak kisah, Dragon Ball GT atau Dragon Ball Z. Kamu paksa mak ayah kamu beli setiap jilid manga Dragon Ball setiap bulan. Beraturlah jilid-jilid manga dalam bilik. Lepas itu, kamu minat Takuya Kimura sebab dia kacak, berkarisma. Kamu beli poster Takuya Kimura tak pakai baju, tampal kat belakang pintu.

Seperti misalan pertama, sebagai nak tunjuk kamu ni betul-betul up-to-date dengan perkembangan manga, atau pun filem, drama Jepun yang baru keluar, kamu menjadi penulis blog mengenai apa yang terbaru.

Ada segelintir manusia yang sebegini yang aku kagumi.

Mereka ini belajar bahasa Hindustan dan Jepun melalui apa yang dia minat. Bagus!

Mereka tahu selok belok pentas hiburan Bollywood dan J-Pop atau J-Rock. Bagus!

...tapi mereka tak pergi pun Bollywood atau Jepun. Semuanya mereka tahu dari majalah dan sumber lebih meluas; internet. Mereka tak payah pergi tempat itu, tapi dah tahu banyak. Pergh! Hebatkan mereka? Lagi hebat, mereka mempunyai blog sendiri membincangkan isu yang mereka tahu dari sumber-sumber yang kecil.

Persamaan antara mereka yang aku dapat cari:
#1. Mereka akan suruh kawan-kawan mereka yang pergi Bollywood atau Jepun, belikan poster, key-chain, atau T-Shirt yang ada gambar Aishwarya Rai ataupun Amitabh Bachan. Yang Jepun, suruh beli poster Naruto besar gedabak kalau boleh.

#2. Mereka mempunyai kawan-kawan dalam Facebook yang tak ada kaitan langsung dari segi sekolah, tempat kerja mahupun kawan kepada kawan. Kawan-kawan mereka mungkin terdiri dari manusia yang tinggal berhampiran Bollywood atau di Jepun itu sendiri.

#3. Kalau mereka mempunyai Twitter atau Yahoo Messenger, status mereka kerapkali berbunyi begini, "Yamashita, luv u so much!", "Sanjay, u cute when u smile!" atau kes lain, letak yang rasa mereka cool, cakap I Love You tapi dalam tulisan Jepun atau Hindustan. Kadang-kadang ada main letak, tapi tak tahu maksud. Aneh.

#4. Lepas itu kalau kamu andai berbahasa Jepun, contohnya, nanti mereka suruh kamu ajar bahasa Jepun. Alasan mereka, minat yang terlalu mendalam. Untuk peminat Hindustan mungkin tak payah, sebab senang kot nak difahami bahasanya.

#5. Bla, bla, bla, (aku lupa pula)



Untuk kes aku yang duduk Korea, aku ditanya, "Kenal tak artis sekian sekian,". Artis yang dimaksudkan adalah artis wujud dalam drama sampah-sampah. Di Korea, tak popular pun tapi mereka obses dengan kemunculan dalam beberapa siri drama.

Tak boleh diterima, mereka kata aku duduk Korea tapi tak kenal artis Korea. Masalahnya, mereka minat orang yang tak popular langsung. Andaikata, kamu memang minat pop culture di Korea. Kamu asyik sebut, DBSK, Wondergirl, SNSD, Big Bang. Itu memang popular. Aku tak kisah, ini yang tahap-tahap artis Akademi Fantasi yang hangat bila belum graduasi, dah graduasi hilang entah kemana.

Lain?

Kau kenal yang tengah meletup bagai nak rak macam 2NE1, Kara, After School, Da Vinci, Brown Eyed Girl? Tahu filem Haeundae pegang carta no.1? Sekarang tengok 8TV, ada drama World Within, cerita tu tak sedap di layan. Sekarang tengah meletup, The Swallowed Sun. Belum habis lagi. Ada Seung Yu Ri. Kenal?

Tapi aku masih menyimpan rasa hormat dengan minat kamu pada artis Korea. Aku datang sini disuruh belajar bukan dibayar untuk menjadi pengkritik industri hiburan Korea. Entri ini bernadakan emosi yang mendalam.

PS: Mereka suruh beli stoking yang ada gambar Rain. Aku tak sanggup nak singgah kedai itu melainkan aku pakai topeng.

Kebosanan mencipta kelainan.

10 ulasan:

cokobong berkata...

menyampah betul aku bila diajak berbual tentang industri hiburan dengan kawan2 jenis minat korea ni

zach berkata...

haha.aku bkn peminat setia pelakon2 korea.cume ade seketul dua je yg berkenan.jgn risau.aku xkan suruh ko beli poster atau keychain yg ade gmbr depa

nizam baharin berkata...

bahahahhaha..
aku pon pelik la dorg ni bole jadi fanatik cam tu sekali..
ada yg jumpa org pon asik chaiyook la kawayik la..ntah apa menatang lagi dorg sebut..
nasib aku obses filem tamil..
klu tak habis la kau tambi..aku kirim vcd korea je ;p

Unknown berkata...

aku anti-bollywood..
sekian...

jijie berkata...

misalan ketiga,
saya suka dengar lagu korea. tapi saya taktau pun siapa penyanyi lagu tersebut mahupun tajuk lagu tersebut.sedap didengar di telinga terus masuk dalam mp3. main dengar je... =)

p/s the only korean boyband yang saya kenal, big bang..hoho

ajid berkata...

tp aku lg suke tgk drama yg org tak tengok n xpopular..
rase mcm drama tu diciptakan ntuk aku je.
haha
=p

zaiy berkata...

mesti org yg ckp dgn kamu tu konon mmg ikut sgt kan hiburan korea?

buat malu sendiri je kot

Kalam Hitam berkata...

ahahaha!

trauma sikit ke apa bro?

takpa, takpa, lain kali klau ada soklan2 macam tu, kau buat2 tanya pasal sejarah melayu ke?

biar diorg susah2 cari info pasal sejarah melayu pulak. hehehe...

nice post!

SiNuNa berkata...

nasib baik pelajar kat korea tak obses mcm org m'sia kat sini...at least takde la nyampah sgt klu blog hopping tgk org post pasal koreans sana sini mengalahkan residensi kat sana ( w'pun saya kengkadang buat begitu)..wtv it is nice post. Terima kasih kerana menceriakan hari saya..Salam Ramadhan juga buat anda.. Semoga dapat habiskan 30 juz.

DandelinoiD berkata...

Sinuna - bgs tol nasihatkan suruh habis 30 juz.

firdaus- sejarah sultan yang sering bertukar takhta?

nizam- diorang ingat chaiyok itu bahasa korea, adeyh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...