Khamis, Ogos 27, 2009

Kertas ini bernilai RM 100 ketika itu.

Bulan puasa, bulan kemaafan.

Aku pernah menyertai pertandingan bercerita ketika sekolah rendah, dapat tempat yang melayakkan aku dapat novel melayu pasal biola. Aku rasa itu kali terakhir aku masuk pertandingan bercerita sebab aku memang ada 'stage fright' tapi tak banyak. Cuma aku boleh kawal dengan menggenggam jari kelingking kiri dan kanan, tarik satu sama lain dengan kuat. Lepas itu, apa bila berdiri atas pentas, anggap depan kau adalah ruang-ruang yang kosong.

Aku selalu bayangkan aku sedang bercakap dalam dewan yang kosong, tiada manusia, tiada kerusi mahupun meja. Senyap.




Tanda '/' dimana kamu perlu berhenti, dan '^' adalah simbol dimana kamu perlu menaikkan intonasi dan menurun secara lenggok. Payah macam haram.

Ini adalah skrip pertandingan bercakap dalam bahasa Korea ketika aku masih dalam tempoh merangkak-rangkak belajar bahasa orang. Kebanyakan pertandingan aku sertai selalu bermula dengan tak sengaja. Begitu juga kali ini. Secara tak sengaja aku masuk dan dapat duit lebih kurang RM 100, dengan bercakap tak lebih 3 minit!

Aku rasa sangat berbaloi dengan latihan cikgu bahasa aku bagi. Hampir seminggu aku diajar bertutur seperti orang Korea dan perasaan itu begitu 'damn-it' dan loya. Hampir setiap sesi, pen-pen cikgu aku basah dengan air liur aku. Sudah berapa kali aku terminum air liur sendiri. Yuks! Setiap hari aku dipaksa menjerit dalam bilik kosong, balik lewat dari budak-budak lain.

(Kalau nak berlatih bercakap dengan tepat, sumbat mulut dengan pen secara melintang dan kawal pergerakan lidah dalam mulut dengan menjadi batang pen sebagai asas)

Bila aku kenang balik, ketika itu aku dah hilang perasaan 'stage fright', aku mampu memandang setiap muka-muka hakim didepan aku dengan senyuman!

Aku masih menyimpan kertas ini, bukan kerana nilainya RM 100 tapi kisah perjalanan untuk mendapat RM 100 itu begitu priceless.

Selamat berbuka puasa.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...