Isnin, Julai 20, 2009

Kisah Stalker [Bahagian 02]

Sambungan dari Kisah Stalker [Bahagian 01]...

Aku percaya, apa-apa pertandingan yang aku masuk tanpa aku rasa nak masuk, ianya akan berakhir dengan kekecewaan. Itu yang berlaku. Bilik aku tak dapat apa-apa. Padan muka.

Habis sahaja pertandingan, aku terima hadiah. Saiznya adalah saiz kotak tisu muka. Bekas warna kelabu. Aku terima dari budak bilik aku. Aku tanya dia, "Siapa bagi?". Dia jawab, "Secret Admire,". Masa ini aku tak tahu, 'secret admire' adalah manusia yang mirip-mirip ke arah 'stalker'. Aku terima sahajalah hadiah itu. Hadiah, siapa tak mahu. Pelik juga, bukannya hari lahir pun nak diberi hadiah. Lupa nak katakan, si 'secret admire' tu perempuan sebaya aku.

Aku buka hadiah tersebut di khalayak ramai, di tengah-tengah bilik. Aku buka, ada sekeping surat.

Isi surat itu adalah penuh geli. (Kalau kamu mabuk bercinta, mungkin kamu tak rasa geli, kot)

Dia kata, dia tertarik dengan karisma aku. Budak pandai, kononnya. Muka sentiasa cool, kononnya. Tak macam budak lelaki sebaya lain, kononnya. Serius, macam aku adalah manusia yang betul-betul sempurna di matanya. Wow. Dalam kotak itu, ada kotak lagi. Dalam kotak itu pula, ada kotak lagi. Kira nak buat kejutanlah. Lepas kotak itu, ada helaian surat khabar yang sudah diremukkan. Ala, kalau beli kasut di kedai Ah Beng Si Penjual Kasut biasa dalam kasut ada kertas-kertas macam itu. Masalahnya, banyak pula minah ni letak.

Aku buka, ada jam tangan warna biru. Respon pertama, aku gelak.

Kedua, aku cakap kat budak bilik, "Siapa nak pinjam jam ni?"

Ramai yang nak pinjam. Aku bagi pinjam pada kawan aku, dengan syarat jangan di pakai ke kelas. Nak jaga hatilah kononnya. Aku tahu siapa gadis yang bagi hadiah tersebut. Dia pernah cuba-cuba nak tegur aku masa di perpustakaan. Masa aku tunggu giliran naik pentas (masa pertandingan), dia sibuk tengok aku sampai aku rasa macam aku buat salah pada dia.

Aku tak perasaan langsung pada dia. Aku bersikap neutral. Apa dia nak buat, aku tak kisah. Setiap pagi hari sekolah, aku akan dapat nota dalam meja aku. Tanya aku, kenapa muka masam bila pergi kantin, Tanya pasal apa aku buat sebelum tidur. Tanya dalam buku nota aku banyak gambar Doraemon. Tanya semalam pergi perpustakaan cari buku apa. Semuanya melalui nota kecil dalam meja. Aku hanya jawab tak lebih 5 patah perkataan.

Lebih serius, kadang-kadang aku dapat surat kertas kajang lebih 2 muka surat. Dia cerita pasal keluarga dia. Cerita pasal dia gaduh dengan perempuan lain. Dia cerita pasal yang dia selalu tak dapat markah tinggi dalam kelas.

Ketika itu, aku rasa ianya begitu ANNOYING.

(Sekarang aku rasa biasa, ianya simbolik wanita suka berkongsi cerita dengan lelaki dia suka.)

Aku rasa diperhatikan 24 jam, rasa macam terkongkong pun ada. Pergi sana, ada orang perhati kamu. Esok paginya, orang tanya kenapa aku buat macam itu. Pernah terjadi aku sepak 'vending machine' sebab telan duit syiling tanpa mengeluarkan air tin. Lepas itu dia tanya, kenapa aku buat macam itu. Macam kena buat laporan harian.

Dari surat-surat luahan hati dia, dia anak orang kaya. Adik beradik pula sikit. Patutlah dia tak hairan bagi jam, baju, burger setiap hari rabu (bagusnya ada stalker adalah dari segi makanan), minggu perempuan outing pula dapat Big Mac tanpa dipesan. Seronokkan ada stalker?

Bersambung...

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalo die bc blog ko pasal entry ni kecik ati die..haha

SiNuNa berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
SiNuNa berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

lg better die tau.
cus dier dah buat orng srabai.
hahaha.
dude.aku suke the last part.
orng blanje saper nak tolak kan.

ps:ah beng is my nickname.but i'm not penjual kasut.aku jual ikan!yeah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...