Sabtu, Julai 18, 2009

Kisah Stalker [Bahagian 01]

Betul, aku tak tipu. Aku tak pernah mempunyai hubungan cinta antara 2 jantina berbeza secara serius. Monyet pun tidak. Kamu boleh kategorikan aku lelaki yang loser. Atau lebih kasar lagi, lelaki yang hanya bercinta sebelah tangan.

Haha. Ehem, ehem...aku pernah mempunyai stalker.

Walaupun aku tidak memiliki hidung super tinggi seperti Brad Pitt, ketinggian seperti Micheal Phelps, gaya cool seperti Keanu Reeve, aku mempunyai stalker. Stalker bagi aku adalah manusia yang begitu membosankan, boleh dikatakan dalam bahasa lainnya, annoying and dangerous. Stalker juga adalah manusia yang kamu patut jauhi, patut kamu benci. Kalau pukul dengan senduk kayu pun boleh.

Cerita zaman sekolah, tingkatan 2...

Ini semua gara-gara seorang senior yang tak puas hati dengan sikap aku. Aku duduk bilik itu sejak awal tahun. Bilik itu mampu menampung 30 orang pelajar (ada 30 katil dan loker kayu). Awal tahun, ada 8 orang duduk situ. 3 pelajar tingkatan 5, 3 pelajar tingkatan 4 dan 2 pelajar tingkatan 2; aku dan kawan aku. Kebanyakan budak-budak sebaya dengan aku dapat bilik bawah, disebabkan aku daftar seminggu lambat (alasan malas mengemas bilik) aku ditempatkan bilik atas sekali. Biasanya, senior tingkatan 4 dan 5, adalah muka-muka yang kelihatan di surau bila waktu maghrib sahaja. Lain? Hanya solat di bilik, dan itu suatu yang dilarang. Aku turut serta dengan mereka, sebab hubungan baik sehinggalah suatu hari yang penun celaka.

Budak-budak tingkatan satu datang, campurlah beberapa lagi senior atas.

Kalau buat benda salah berkali-kali, kita jadi lali. Aku solat dalam bilik, macam biasa Tapi tak disenangi oleh senior atas yang baru masuk. Masalahnya, dia kaki ampu, kaki jilat, kaki bangku, kaki busuk, dan berbagai-bagi takrifan kecelakaan untuk dia. Disebabkan aku solat dalam bilik, aku kena sapu bilik seminggu, dan budak-budak tingkatan 1 tak payah berbuat apa-apa. Senior ini masuk dalam senarai manusia untuk diterajang bila ada peluang.

Tibalah masa pertandingan drama pentomen antara bilik-bilik. Ketua projek ini adalah senior tersebut (lepas ini aku gelarkan Ridzwan). Aku suka lepak dewan makan sebab banyak makanan ketika waktu malam, dan aku sentiasa jadi orang yang menutup suis lampu dewan makan. Balik-balik bilik, aku dikhabarkan aku adalah watak utama yakni hero drama tersebut. Tanpa persetujuan, tanpa tolak ansur, Ridzwan, kau memang manusia keparat.

Aku disuruh buat itu, disuruh buat ini. Dia manusia gilakan 'seniority'. Kehidupan 2 minggu seterusnya, banyak habis dengan aku memaksa hati untuk memberikan lakonan paling kacak yang paling maksimum. Memang payah, bila hati penuh dendam melakukan kerja.

Tibalah jua, hari pertandingan. Dimana nama aku mula melonjak dikalangan gadis-gadis tudung labuh. Salah seorangnya adalah si Stalker.

Bersambung...

4 ulasan:

jijie berkata...

igtkn da nak bgtau sape stalkernya..skali bersambung daa..huhu

miss berkata...

haha...cpt sambung daa~

ainonymous berkata...

mcm best plak cite nih..cpt sket cont yeaa..

ApiEt berkata...

weii layan arr...
cepat2... t lehh ak wat skrip..
wat cerita melayu baek pyer...
ko ak bg royalti dh arr.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...