Jumaat, Mei 01, 2009

Kenapa ramai minat Indie?

"Orang rock ini jujur orangnya, senang masuk syurga,"

Kalau kamu tahu siapa yang ungkapkannya, kamu peminat rancangan Mentor.

Melambak rancangan realiti di Malaysia yang berasaskan nyanyian. Sebut apa-apa. Akademi Fantasia, Mentor, My Star LG, One In a Million, Malaysian Idol...

Banyak?

Siapa yang betul-betul mempunyai standard sebagai artis?

(Aku tak tahu apa yang kamu rasa betul-betul terbaik, cuma aku akan cakap Aizat, Bob dan Faizal Tahir. Lain? Terima kasih.)

Aku rasa lambakan rancangan realiti adalah suatu faktor golongan muzik indie menjadi pilihan. Bosan dengan artis yang kurang memenuhi selera, golongan muda Malaysia lebih menjurus aliran muzik yang lebih segar, jujur. Tak payah memerlukan hakim 3 orang berada di depan untuk memberi komentar tentang apa yang mereka bakal bawa.

Mereka suka dengan apa yang mereka buat. Mereka boleh popular dengan MySpace, Facebook, Imeem dan blog sendiri. Tak payah memalukan diri kena kutuk dalam rancangan realiti. Tak payah ikut selera syarikat rakaman. Sebab itu mereka digelar indie.

Salah satu faktor lain, adalah lambakan artis Indonesia yang datang. Terima kasih kepada warga Malaysia yang menjemput mereka. Secara tak langsung, kamu juga yang naikkan nama-nama indie band di Malaysia. Kiranya, 2 kerja sekali harung!


Eh, aku nak tanya. Brader yang jaga burger sambil menyanyikan lagu dengan petikan gitar kapok, mereka ini ada peluang buat band tak?

Aku kagum dengan mereka, penghibur jalanan yang selalu kena maki dengan makcik sebelah rumah. Sambil goreng gitar, leh goreng burger.

Kebosanan mencipta kelainan.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lirik indie jujur....
direct...
lagu dy ade mesej wlopon ak xska dorg wat gig(coz mcm heret dak2 melayu tggl semayang...)

O_o berkata...

setuju ngan tanpa nama...
psl tinggal smyg tue,rasenyer diorg leh pikir
maner baik n buruk~~
papepon suara aweera oiam mmg mantap..
kalo tgk blk, amy search + faizal tahir = aweera

dandelinoid berkata...

aku setuju ngan 0_o,

faizal tahir + amy search + awie = aweera...
tp ak rasa tomok akan menang, tapi aweera yang bakal gegarkan malaysia...

kinOtitO byti berkata...

betty stuju sgt2....
sbb lagu2 indie nie best dan x ada mksud...
cam budak2 kelas betty yg ada band t'sndiri
sOnoK gak skli skala tgOk gig dOrg...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...