2 tahun lalu, aku dengan segerombolan kawan-kawan aku, pergi ke Menara Seoul (Seoul Tower). Seoul Tower kira salah satu tempat pelancongan, dan hanya dapat melihat bangunan-bangunan, jarak negara asal kamu dengan tempat kamu berdiri, serta perkhidmatan menggunakan teropong super besar. Sama je kan di mana-mana menara.
Tak ada yang menarik, kan?! Kenapa kena pergi?
Tempat menarik adalah di kaki menara tersebut. Lihat gambar.
PS: Terima kasih kepada, Cik Krun Ch.
Apa yang berlaku disini?
Ini adalah kawasan selamat. Jangan risau dengan kehadiran mangga-mangga kunci tersebut. Dulu aku pergi ada beberapa ketul je. Sekarang dah membiak jadi terlalu banyak! Ini adalah pengaruh rancangan realiti. Efek sampingan adalah, perniagaan kunci mangga menjadi pilihan di kaki menara tersebut.
Macam begini ianya bermula.
Andaikata kamu dan pasangan kamu seorang kapel. Lepas itu, beli kunci mangga di kedai berhampiran. Tak silap ada kedai ala-ala 7 Eleven. Belilah bentuk kunci mangga yang kamu suka. Nak sweet, beli bentuk hati. Nak rasa gempak sikit, beli yang saiz gedabak sikit. Ikut kemampuan kamu.
Ok, jangan lupa beli marker pen. Eh, beli sepasang kunci mangga, ok. Setiap seorang kena tulis janji-janji kamu pada ruang kecil mangga itu. Terpulanglah, apa saja. Segeli mana ayat romantik kamu, tulis je. Orang tak tahu siapa yang tulis melainkan kamu yang bagi tahu.
Mula-mula, yang perempuan punya kuncikan pada yang lelaki punya. Sudah, yang lelaki punya kunci pada tali yang berada disitu (macam dalam gambar). Belek-beleklah kalau rasa se-sangat curious dengan apa yang ditulis oleh pasangan kamu.
Bahagian terakhir, kunci kedua-dua mangga tersebut kena campak ke kawasan hutan di bawah.
Aku pun tak tahu alasan kenapa kena campak kunci. Tapi, aku sudah tahu selepas aku menonton rancangan realiti We Got Married.
Simboliknya, kalau sudah berjanji kena tunaikan. Tiba-tiba, rasa macam tak dapat nak tunaikan janji atau ada niat nak rosakkan janji-janji manis kamu. Itu bermaksud kamu kena pergi hutan bawah tadi, cari kunci yang sudah dicampakkan. Lepas itu baru boleh buka mangga tersebut, sebagai makna kamu tak sanggup tunaikan janji.
Masalahnya, kamu nak menyusahkan diri dengan mencari kunci tersebut di hutan tersebut?
Akhir kata, pengajaran utama, janji perlu ditunaikan walau sesusah mana. Ha, jangan berjanji manis, kamu tahu padahnya.
Ada siapa nak ikut aku pergi Seoul Tower? Tapi aku tak nak tengok mangga-mangga yang ada disitu. Aku nak tengok kawasan hutan di bawah, samada memang banyak kunci ke tak disitu. Leh kutip, jual kat kedai besi. Dapat duit, aku makan Rapooki (kek tepung beras yang disimbahkan dengan sambal yang agak pedas) di Sindang.
Aku merindui makan Cheese Rapooki!. Klik sini.
Kebosanan mencipta kelainan.

8 ulasan:
nak ikut boleh? lepas tgk show tu, teringin nak pergi.
nak kira berapa byk mangga kat situ XD
pada asalnyer x tau pon kewujudan mangga tue kat
seoul tower...biler smpai jer..b`lambak kat pagar....rase t`kejut ader gak lah coz
ingatkn dlm anime n manga jer wujud benda nie..
rapooki mmg pedas
x tau lak ader cheese rapooki..
sebut pasal menara nie, walaupun aku org msia,
menara KL smpai skrg x smpai2 lagi..
dr aper yg aku dgr..yg best pon restoran t`apung kot
restoren itu tidak terapung. ia hanya berpusing (sambung: "..maacamm gaasing daa..").
ermm..we got married adalah cerita "realiti" yg hanya pada aku menunjukkan betapa org sana hilang apa makna 'perhubungan'. xde yg betul dlm babak²nya. yg ada cuma fake love & life.
tapi org korea mmg mcmtu pon. lagi² artis..
aku x makan rapooki di sana. tapi pernah makan kuih dari tepung berbentuk ikan dgn inti kacang merah..mcm kt jepun juga!
rapooki mcm kuih bom yg ada cili api ke?
haha thanx~
kalo nk mncari kunci d bwh 2 bawa besama mgnet sebesar alam...(senang nk carik)
ooo b`pusing ker~~
but idea utk bawak magnet sebesar alam utk cari kunci bagus btol...
nak lagi best...pekater beli mangga dh siap ngan sensor
so, x payahlah angkut magnet sebesar alam tue~~
kuih berbentuk ikan? keke...itu feveret aku juga, ianya hanya muncul bila musim sejuk...
aww~~
hey, ada gak nak ikut gi kutip kunci mangga ni, jom buat trip!
kunci mangga je ke ade? buah mangga takde? xD
Catat Ulasan