Khamis, Januari 29, 2009

Budak Asrama

Budak Asrama Dan Tidur Lenanya…

AKU MEMANG DENGKI DENGAN SITUASI INI!

Tak tipu. Ada rasa perasaan malang ketika ini tapi bukan bermakna ini entri yang penuh emosi menyalahkan dan dipersalahkan. Semata-mata fakta yang perlu diteliti.

Kembali 9 tahun lalu dimana aku baru masuk asrama sebagai pelajar tingkatan 1. Setiap kali aku pulang dari asrama, secara tanpa paksaan aku akan tidur lebih dari waktu tidur manusia biasa. Aku fikir itu bukan fenomena luar biasa, tapi biasa dikalangan budak asrama macam aku, aku rasa saja.

Tapi, setiap kali aku bangun lewat pasti aku dileteri dan ditubi-tubi dengan contoh anak orang lain yang rajin bangun pagi menolong keluarga mereka. Tak seperti aku ketika itu, hanya membuta saja. Maklumlah, budak baru balik dari asrama…

Aku dari tingkatan 01 sampai 05 aku duduk asrama. Ini bukan paksaan keluarga, ia adalah permintaan sejak aku darjah 5 lagi. Aku rasa macam kehidupan asrama lebih seronok dari duduk luar, walaupun ada sesetengahnya mengatakan kehidupan asrama terkongkong, tak tahu kehidupan luar. Aku setuju pada ‘point’ ini. Pandangan aku, duduk asrama yang menjadikan aku macam orang sikit. Aku bukan manusia yang mudah bergaul dengan orang, maka dengan itu aku jadikan asrama sebagai latihan aku mengenali manusia. Setuju atau tidak, tinggalkan komen kamu.

Berbalik isu dengki, tengahari tadi aku menjemput adik aku dari asrama dia. Dia balik, letak barang, membuta sampai sekarang, dan entri ini ditaip ketika jam sudah menjelang tengah malam. Sudah berjam-jam adik aku tidur, bangun pun untuk solat saja. Selebihnya tidur tanpa makan. Aku pun cuba kejutkan pada waktu petangnya…

“Woi, bangun oi. Dah Maghrib!”

Mak aku bersuara dari dapur…

“Biarlah, baru balik dari asrama…”

O-o-o. Pergh. Ada ‘backup’ boleh tidur lama. Aku duduk asrama juga dulu, tapi tak dapat keistimewaan sebegini. Dahlah tidur melintang depan TV. Lepas itu 15 minit lepas Maghrib, dengan mamai-mamai dia bangun…

Ada suara ‘backup’ lain…

“Pergi tidur dalam bilik sana,”

HOH!. Bertambah-tambah kesyahduan peristiwa dikala senja. Ayah aku siap suruh sambung tidur lagi!. Ternganga seketika memandang siling. Ingat dulu kalau aku tidur macam gitu, dah dihempuk dengan bantal keras lagi.
Itulah hakikatnya, aku menyedari, inilah yang diterima sebagai anak sulong. Ayah ibu kita belajar mendidik anak dari anak sulong dia. Kira macam eksperimen, tapi aku tak kisah. Tak simpan dendam pun. Anak sulong beb, kalau di sekolah sudah diajar, anak sulong adalah contoh. Aku pernah cakap pada adik aku, jangan jadikan aku contoh. Cari orang lain, sebab aku tak suka orang mencontohi aku… aku pun tak suka mencontohi anak orang lain.

Kepada sesiapa yang lepas ini sudah beranak pinak, atau memang sudah memilik anak, dan anak kamu baru pulang dari asrama, suruhlah dia tidur puas-puas.

HAHA. Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

eza erneza berkata...

apalah adib, eza penah je duduk asrama. tp 2 tahun je. pstu mintak keluar. sebab bosan. penat. makanan tak sedap. tak ckp tidur. ada prep. dorm ada hantu. wajib turun masa reaksi. semayang jemaah subuh(tp tak penah ikut. tak bole bangun awal). mandi kena beratur.bdk asrama yg kuat ngumpat(sumua alim2,sy kurang alim.)


penah kne denda sebab kantoi keluar kebandar tanpa kebenaran warden, pernah naik ofis sebab buli bdk tingkatan 1. hampeh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...