Baru tadi aku menyelesaikan masalah terbesar aku. Tak payah aku cerita apa benda itu tapi yang aku mahu, aku masih ragu-ragu dengan keputusanku.
Balik rumah, aku serabut. Memikirkan apa yang perlu aku buat untuk minggu ini. Nak kata menyiapkan kerja persekolahan, tiada kerja yang diamanahkan. Cuma aku perlu belajar. 3 subjek sahaja bagi aku perlu perhatian yang lebih. Tapi aku baru menyentuh salah satu daripadanya, itupun kerana minat.
Tadi aku belajar benda yang aku mahu lari. Alasan kenapa aku memilih Kejuruteraan Mekanikal adalah kerana aku gemar bermain dengan litar-litar elektronik yang dipenuhi pelbagai logik dan hanya diterjemahkan dengan gambar rajah ringkas dan nombor 1 dan 0. Owh, tapi terima kasih kepada 'lecturer' ini yang cuba menggambarkan permainan video dengan konsep apa aku belajar hari ini.
Aku menarik nafas lega.
Ingat lepas berbuka, solat Isyak, niat hendak terawih di bilik Malaysia Dongyang. Penangan nasi goreng sotong Nizam barangkali memamaikan aku tidur dengan nyenyak di bilik Sood. Bangun, lagi 2 jam hendak masuk tengah malam.
Apa yang aku mahu buat malam ini?
Tanya kepada Sood, layan cerita yang sudah ditontonlah, katanya.
Juno, pilihan aku malam ini. Sambil bersahur dengan air teh O buatan aku. Mungkin aku ditempelak rakan-rakan kalau aku ketawa berdekah-dekah di pagi buta menonton Juno. Tapi aku ketawa juga. Kali ketiga aku tonton, masih tidak hilang magisnya.
3 pagi. Aku sambung tidur. Menunggu subuh dengan bermimpi, harap aku tidak telepas mengerjakannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan