Selasa, Julai 08, 2008

My Always Summer...

Tajuk 'post' kali ini ianya datang secara tidak sengaja, ketika berbual dengan kawan yang berada di Malaysia. Sengaja nak menyingkap kehidupan meleret kebosanan di kala musim yang sebahagiannya benci dengan persekitarannya. Kalau pembaca yang berada di negara selain negara empat musim, musim panas mungkin suatu yang kebiasaan, seperti Malaysia dan Korea; panas, berbahang, cahaya.

Musim lain terlalu indah untuk diselitkan kedalam pelbagai bentuk literasi yang indah. Musim bunga sudah pasti dengan kemeriahan warna-warni kehidupan primer. Musim luruh menyaksikan daun bertukar warna, menjadi warna suram, meliputi jalan, terbang di tiup angin. Musim sejuk saat dimana menantikan bilanya datang salji, dan menimbulkan kebencian selepas salji turun. Tapi musim panas? Mungkin musim yang tiada bait-bait kata yang sesuai untuk menarik menyingkap keindahan musimnya...

My Always Summer...

Kali kedua aku menghadapi musim panas disini. Musim panas pertama aku menghabiskan masa di meja intitusi bahasa sambil angin air-cond berpusu-pusu menemaniku. Musim panas lepas aku pulang ke Malaysia. Dan ini yang kedua; aku berada disini. Mungkin agak kelihatan bodoh kepada sesiapa apabila melihat diriku. Tak ada perkara nak dilakukan sebenarnya disini. Kalau orang lain pasti sudah tiada disini, seperti rakan lain yang sibuk mem'bunuh' masa cuti ini di tanah lain.

Aku ada disini, aku cuba mencari sesuatu untuk mengisi zaman remajaku. Zaman remaja yang sering dilaungkan sebagai tempoh masa yang berharga sampai dibandingkan dengan nilai permata. Inilah hariku ketika cuti bermula; bermula ketika tengah malam dan penutup hari adalah pagi. Aku bebas mengatur masa; definisi 'kurang efisien' tak biadap untuk dikatakan.

Nikmati hari-hari yang berlalu, hari-hari yang mendatang, yang tiada siapa tahu apa yang berlaku dihadapannya melainkan Yang Maha Esa diatas sana.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...