Baru-baru ini aku mendapat ilham dari impian aku.
Eh, boleh ke macam itu?
Aku ingin mengembalikan entiti dandelinoid ini sebagai entiti yang tidak berasingan dengan apa aku buat sekarang - insurans, takaful, kehidupan ejen. Bukan lagi semberono menulis tanpa hala tuju. Lagipun aku telah masuk ke fasa yang sangat baru sekarang ini.
Aku pun tak boleh definisikan fasa apa.
Cuma sekarang aku ingin mem-branding-kan diri aku ke arah profesionalism. Tapi aku masih menerapkan corak penulisan hentam yang sama, tapi konteks aku lebih memberi inspirasi kepada manusia lain. Keseronokan bukan menjadi tunjang, apatah lagi kesedihan lampau, lagi-lagi kisah merapu yang tak habis-habis.
Ini bermakna, aku perlukan satu komitmen yang baik dari diri aku sendiri, ditambah dengan disiplin yang tinggi pada minda aku. Maka aku telah tetapkan satu 'outline' baru iaitu ke arah menjadi jutawan. Pergh. Jutawan sekarang? Aku belum lagi seorang jutawan, tapi untuk ke arah itu bagi aku kita perlu 'beraksi' dari segi pala-hotak (minda) seorang jutawan.
Jadi di sini, aku perlu jadikan pengalaman dua tahun aku yang lalu sebagai permulaan dan menceritakan perihal setiap hari yang berlaku dalam hidup aku, soal duit, pelaburan dari segi bahasa yang mudah difahami. Aku perlukan kritik untuk aku terus berfikir.
Jadi aku perlukan satu ayat, untuk tagging dan hashtag:
1. #milliondollarmind
2. #sevenfiguresmind
Aku memilih no.2.
Haha.
Doakan aku, ini adalah permulaan baru. Yang rata-rata sumber aku adalah berdasarkan aktiviti seharian, majalah pelaburan, ulasan blogger pelaburan lain dan perbincangan teh tarik.
#sevenfiguresmind
Kebosanan mencipta kelainan.
1 ulasan:
All the best mr.d! Terima kasih mr.d. sbb blog awak ni la yg bg inspirasi dkt saya dan bukak mata saya utk pelaburan masa dpn. Kdg2 saya kagum dengan awak yg masih muda tapi dh nampak hala tuju hidup dan ada matlamat. Bnyk yg saya belajar dr penulisan awak ni. Sekali lagi all the best ye!
Catat Ulasan