Khamis, Februari 13, 2014

More you give, more you get.

Sila baca artikel di bawah ini. Baca dulu, kemudian sambung.

You Should Fall in Fall With Someone Inspires You.







Kadang-kadang aku jenis 'easygoing' dengan manusia, tetapi adakala masa aku mencebik tidak mahu bercakap dengan orang. Ouh, pelik. Artikel di atas diberi oleh seorang perempuan - muda dan bekerjaya tinggi.

Aku tanya, "Kenapa kau bagi aku baca ini?"

Dia jawab, "Sebab kau sendiri tak tahu, kata-kata kau boleh buat orang berfikir dan bertindak."






Hmm. Sukar, entah bila masa aku begitu. Mungkin ianya adalah satu benda yang sangat natural - semulajadi. Aku suka mempunyai impian. Dan aku suka orang lain mempunyai impian. Aku suka mendengar impian orang lain, dan aku berharap orang itu mencapai impian itu. Adakalanya, aku cuba membantu kawan-kawan aku capai impian mereka - apa yang diminta bukan nya wang, cuma minta aku luangkan masa aku untuk dengar apa yang mahu lakukan.

Kalau dulu aku pernah katakan, apa sumber inspirasi aku.

Wanita.

Wanita yang aku jumpa sepanjang hidup aku adalah sumber inspirasi aku.

Wanita sebelum ini.
Wanita yang pernah aku gelar 'si masa depan'.
Wanita berkaca mata horn rimmed.

Tak semestinya aku perlu bercinta, bermati-matian dengan mereka untuk mencari inspirasi. Cuma, aku boleh katakan terlalu banyak sangkut paut, lebih lagi blog ini dengan wanita. Ianya bonus, kalau aku bernikah dengan wanita yang memberi aku inspirasi.

Terima kasih kepada wanita-wanita yang pernah muncul dalam hidup aku, atau sedang membaca blog aku. Pernah bercakap dengan aku, pernah dengar kata-kata dari mulut aku.



Walau apa pun yang berlaku, perkara masih misteri bagi aku adalah wanita.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...