Jumaat, Januari 17, 2014

Mencari rumah sendiri.

Aku tengah berkira-kira untuk memiliki rumah sendiri, maksud aku rumah yang aku letak kereta aku sendiri, ada baju aku. Kalau rumah yang disewakan, aku akan kata itu bukan rumah aku - itu rumah bank, tapi duit aku.

Poyo.

Aku godak-godak alam maya, dan aku terlihat rumah ini.



Aku tak rasa rumah begini ada jual bawah RM500,000.

Ok. Berpijak pada bumi yang nyata. Aku tengah cari rumah bawah RM500,000. Aku sekarang masih berminat kepada apartment, sebab aku belum ada keluarga. Aku akan duduk rumah itu sendiri, dan aku akan sewakan bilik yang ada dalam rumah itu. Sekurang-kurangnya, pinjaman rumah ditanggung bersama dengan orang lain. Keji.

Lokasi, aku memilih kawasan yang mempunyai akses jalan yang tinggi. Dalam kepala aku adalah area Kota Damansara. Tapi, harga - ya Rabbi!

Dan masalah aku, adalah bila aku nak beli rumah macam spesifikasi di atas, aku kena keluarkan downpayment lebih 20% (rumah pertama dan kedua sahaja boleh dapat 10% downpayment, betulkan kalau silap). Mana nak cekau, untuk booking sekurang-kurangnya?

Ini adalah persiapan aku untuk tahun 2015. Ada rumah sendiri, yang diuruskan sendiri. Aku nak siap sedia, peti ais, katil, perabot sebelum aku kahwin yang entah bila tak tahu lagi. Bila aku jumpa je sesiapa yang sesuai, sekurang-kurangnya ada rumah untuk berteduh bila hujan.

See the reaching before the reaching.




Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...