Khamis, Disember 05, 2013

Duduk di luar negara, tiada penyesalan.

Berlegar-legar di negara orang, dengan kasut Vans lembut tapaknya. Bahu memikul beg besar - berat. Berada di rantau orang banyak mengajar erti kehidupan (ayat penuh klise). Aku sentiasa bersyukur. Aku mampu hidup dengan penuh minimal. Sumber makanan yang terhad, komunikasi yang terhad. Meninggalkan kawan lama, cinta dan keluarga.

Paling perit apabila meninggalkan cinta manusia sebenarnya. (Gelak besar)

Aku rindukan tanah Korea. Bukan sebab musabab kerajaan gila sekarang bersaran agar belajar sesuatu dari Kpop. Tanah Korea, tempat aku bermain dengan idea dunia, pemikiran manusia, belajar sedikit sebanyak kehidupan, banyak. Terlalu banyak. Dari hal wanita, ke keperibadian manusia. Dari kemanusiaan, aku menjelajah idea ekonomi. Erti sahabat. Erti kawan. Erti kebahagiaan. Erti derita. Erti keseorangan.

Tempat yang sentiasa berada di hati.

Aku terbaca artikel mengenai 10 perkara yang aku akan alami kalau aku duduk lama di satu negara.

1. Kebebasan.
Aku bebas kemana sahaja. Dengan siapa aku berjumpa. Memang menjadi kerisauan kepada keluarga aku sendiri. Tapi aku limitkan kebebasan aku dengan berkawan yang tidak membawa aku jauh menyimpang.

2. Melihat kehidupan berlalu dengan cepat.
Aku melihat dari jauh, kematian saudara-mara ku. Kerabat orang tua di kampung. Aku terlupa bila hari lahir aku (telah menjadi kebiasaan sangat orang lain tegur aku mengenai besday aku). Tak dapat hadir majlis kahwin kawan rapat aku, apatah adik aku sendiri.

3. Sentiasa berkira.
Ya, bila mengenai hal duit - sejak aku duduk Korea aku menjadi lebih berkira. Lagi-lagi bila mengenai tukaran wang.

4. Komunikasi.
Sebenarnya bukan bahasa yang penting, komunikasi yang penting. Tak guna belajar bahasa Inggeris sampai level tahap gaban, tapi terpaku duduk depan orang - terdiam seribu bahasa. Komunikasi kadang kala tak memerlukan bahasa.

5. Cerita.
Masa aku duduk sana, memang aku banyak cerita nak kongsi. Nah, lihat pada entri-entri lama. Aku banyak sangat cerita manis, pahit, sedih, hu-ha, gembira tak terkata. Segalanya menarik untuk dikongsi. Tapi bila pulang ke sini. Segalanya menjadi rutin - rutin adalah satu kebosanan.

6. Nilai menghabiskan masa bercuti.
Baru aku tahu cara nak habiskan masa dengan sebaik-baiknya bila nak bercuti.

7. Membesar.
Banyak benda aku belajar, belajar menghormati orang tua, berbicara dengan orang tua. Cara hendak bergaul dengan kebanyakan manusia, dan konfiden bercakap dengan gadis hot (serius, sebab aku tak pernah sekelas dengan perempuan kebanyakan).

8. Adrenalin.
Bagi aku, adalah bila aku buat benda luar jangkaan dan menyalahi undang-undang. Sebabkan itu aku rasa thrill. Duduk di Malaysia kenapa aku rasa malas nak buat sesuatu yang thrill.

9. Sabar.
Alhamdulillah. Dulu aku seorang yang panas baran. Serius. Lama-lama aku kalau marah, aku akan menangis, bukan mengherdik atau memaki. Dan kalau aku menangis, aku tak suka jumpa orang itu untuk beberapa ketika. Jangan terkejut, tatkala dalam situasi genting episod marah - aku menangis tak tentu pasal. Itu anger management. Aku tak mahu menyakiti hati orang lain dengan memukul orang tersebut, baik aku menangis.

10. Belajar untuk bersalam dan mengucapkan selamat tinggal.
Aku rasa, habit aku adalah bersalam walaupun tak kenal langsung dan sebut, 'Adib'. Salam je sesiapa. Bila nak balik, walaupun tak kenal lagi, 'Jumpa lagi, insha Allah'. Sebabkan begini, ada orang tegur aku di pasaraya kat Damansara. Tapi aku tak kenal, dia kenal aku...

Dah lama aku bercuti, aku nak pergi backpack negara Korea, ataupun Bangkok. Ataupun, Bali. Backpack aku pun dah berhabuk.

Tujuan utama, aku nak kembali ke Korea, aku nak bermula satu episod lain dalam hidup aku.

Aku akan pergi satu tempat aku 'casting' impian aku.

Kebahagiaan. Harapan. Cinta.

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

han_eba berkata...

kim salam donghae kalau pergi ;D ahhhaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...