Isnin, November 18, 2013

Morning Lesson - 10 Rules of Successful Entrepreneurship.

Hari ini, aku bangun pagi macam biasa. Dan tajuk pelajaran aku nak eksplorasi pagi ini adalah mengenai 'Successful Entrepreneurship'. Memandangkan aku baru setahun (aku tak rasa aku berjaya pun), maka persediaan aku kenalah tip top sebelum menjelang tahun depan.

Tahun depan adalah tahun di-mana aku perlu lebih berjenaka serius.





1. Aku perlu membuat komitmen.
Ya, memang penting. Apa komitmen aku setiap hari. Setiap minggu. Setiap bulan dan setiap 3 bulan. Setiap komitmen kenalah kongsi dengan orang yang tersayang - padahal orang yang tersayanglah selalu kondem kau mengenai komitmen ni. Serius!

2. Cari masalah dan selesai.
Setiap benda dalam apa jua bisnes memang ada masalah. Aku pegang kata-kata Norman KRU. "Buat macam dalam peperiksaan. Memang ada soalan susah dan senang. Selesaikan soalan senang dahulu dan bila ada ruang, atau tercetus idea - selesaikan soalan yang susah. Jangan biarkan kosong."

3. Fikir benda yang besar, baru dan sentiasa berfikir.
Berfikir adalah benda yang paling memenatkan. Stamina dalam bisnes bukan stamina fizikal (orang gemuk pun leh jana duit). Sentiasa banyak membaca.

4. Tak boleh buat seorang diri.
Buat seorang diri, silap-silap boleh terlingkup. Setiap bidang aku ceburi, aku akan mencari mentor aku. Dan aku akan senyap-senyap jadikan dia sebagai penasihat aku. Kekadang aku jadikan dia pakar penyelesai masalah aku.

5. Kena buat seorang diri.
Apa-apa pun memang bermula dari diri kita sendiri. Kita tak gerak, semua benda tak gerak oi!

6. Pengurusan risiko.
Setiap benda ada risiko. Aku masuk bisnes ini dalam rasa ketakutan, nebes. Aku perlahan-lahan buat foundation aku, paling penting adalah pengurusan risiko. Dalam bisnes aku ini, paling penting adalah 'cash flow'. Alhamdulillah. Aku rasa selamat sikit berbanding 9 bulan yang lalu.

7. Belajar untuk memimpin.
Aku tak ada masalah ini. Masalahnya, adalah aku tak ada orang nak dipimpin. 2 bulan ini, aku tengah siapkan portfolio orang macam mana yang aku hendak dalam bisnes aku ini. Portfolio ini sebagai asas aku untuk proses rekruit empayar aku (tinggi tak impian aku?).

8. Belajar untuk menjual.
Aku mempunyai 'soft sales skill', sebab aku jual sesuatu atas rasa percaya, dan bukan paksaan 'hard sales skill'. Orang kata, ilmu sales memang banyak. Aku baru setahun, ada banyak lagi nak belajar.

9. Sentiasa konsisten.
Bagi aku, konsisten adalah tabiat. Untuk bentuk tabiat, kita sekurang-kurang melakukan benda yang sama selama 3 bulan. Aku masih cuba jaya, amalan dan tabiat-tabiat yang perlu dipupuk. Sekarang, bangun setiap 5 pagi.

10. Main game.
(Tak tahu apa benda ni). Yang penting jaga kesihatan. Berjaya kalau tak sihat apa gunyanya.




Selamat pagi Isnin. Aku tiada Monday Blues.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...