Sabtu, November 16, 2013

Autobiografi, alam perkahwinan, legasi dan rutin harian.

Dalam minggu ini, aku menghadapi kehidupan yang sangat hektik - tapi tiada produktiviti. (Maksud produktiviti itu adalah tiada aktiviti yang melipat gandakan sumber kewangan). Aku agak skeptikal pasal produktiviti, ini gara-gara berpunca aku pernah kerja di tempat kerja yang hyper-super-pressure (bagi aku): Process & Production Engineer.

Aku memang meminta kerja ini, bila aku di-interbiu oleh MD Panasonic ketika itu, pertengahan musim sejuk 2010-2011. Aku memang konfiden kerja ini aku akan dapat. Masa itu, faktor utama aku nak kerja ini adalah dua faktor:

1. Kerja yang ada dua functionality: Management & Engineer.
2. Dekat dengan rumah aku, setelah hampir sedekad aku tinggalkan halaman rumah aku.

Dan malam ini, otak aku ligat memikirkan beberapa perkara. Sebenarnya, bukan aku yang berkira soal perkara ini - ini adalah keadaan placebo, bila orang sekeliling kau berbicara perkara ini. Waktu yang sama, kau terheret dalam kancah perkara ini.

Perkara pertama; perkahwinan.



"Bila kau nak kahwin?" - adalah soalan yang sangat sukar nak jawab. Dulu aku selalu jawab dalam keadaan berseloroh. Sekarang aku serius. Sebab dalam seloroh, ada orang yang cuba berlaku serius.

Dan jawapan aku sekarang, berbentuk soalan (answer by question).

"Kalau ada dalam tangan RM30,000. Dan ada dua pilihan - pilihan pertama; persiapan kahwin, pelamin, baju, sewa dewan. Dan pilihan kedua; buat satu pelaburan tetap dan selepas setahun boleh dapat 110% pulangan. Mana kau/nenek/makcik/pakcik nak? Pilihan pertama atau kedua?"

Aku bagi soalan yang sarkastik, dan soalan yang malas nak jawab sebenarnya. Pada waktu ini, aku buat apa yang aku rasa seronok pada diri aku. Penat berkorban masa untuk kebahagiaan orang lain. Sebab itu, semakin lama aku semakin berprinsip dan selfish.





Perkara kedua; aku banyak habiskan masa membaca.

Kalau ditanya, subjek apa aku baca - terlalu rambang (random). Dulu mungkin aku berpaksikan soalan hubungan manusia (lelaki dan perempuan, pekerja dan bos, sesama keluarga). Sekarang aku suka baca mengenai kebangkitan, bangun dari kekecewaan, belajar dari kegagalan. Motivasi aku setiap hari aku cuba perbaharui. Sebab itu, aku sekarang banyak sangat membaca.

Bulan lepas sahaja, baru habis 3 buah buku. Tak termasuk artikel, keratan akhbar (aku sekarang kerap baca News Strait Times dan The Star). Dan buku terkini aku baca...


Minggu lepas aku habiskan 3 hari, bermakna dalam masa 72 jam aku baca mengenai sejarah ekonomi - semuanya berkisarkan 'bubble'. Aku obses dengan 'bubble' dan spekulasi. Sebab ianya sedang berlaku pada zaman sekarang - dan aku terlibat sama sebagai orang dewasa, barangkali.



Perkara ketiga, adalah mengenai legasi.

Tahun depan bagi aku amatlah kritikal. Aku ingin rekrut protege aku sendiri. Sekurang-kurangnya 3 orang. Orang yang mempunyai idea yang sama, iltizam yang sama. Ini semua berlaku pada waktu yang tak disangka minggu lepas.

Ada seorang lelaki datang jumpa aku, bertanya tentang apa yang aku sedang buat. Bila aku bercerita tentang diri aku - baru aku buka mata, bagaimana ingin membina satu legasi untuk tahun depan. Ini semua persiapan aku untuk tahun 2015. Apa yang ingin aku buat pada tahun 2015, adalah rekod yang bagi sangat susah - tapi aku cuba untuk pecah rekod itu. Bulan November dan December adalah bulan perancangan.

Perkara keempat, mengenai rutin harian.

Cubaan bangun setiap 5 pagi setiap hari. Semakin lama, aku rasa semakin senang. Aku cuba untuk teruskan habit ini. Setiap hari pukul 5. Aku ingin jaga pemakanan aku, sebab aku tahu apa yang praktis pada umur 25 hingga 30 adalah apa yang aku teruskan sehingga umur 40. Semoga panjang umur dibuatnya.

Sekarang masih lagi serabai.







Memang aku 'clear', untuk berkahwin memang tiada dalam perancangan aku. Aku sekarang fokus pada apa yang aku tengah buat sekarang. Aku dah cukup untuk berfikir untuk orang lain, bagi aku ruang diri sendiri bergerak ke depan.

Cuma, jodoh itu masih di tangan Tuhan. Itu aku tak mampu menghalang. Sebaik perancangan, adalah perancangan Illahi.

Kebosanan mencipta kelainan.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...