Khamis, Februari 28, 2013

Mata seekor unggas, burung dan ikan.

Setiap hari, kita akan membuat pelbagai pilihan.

Semua bermula dari kita bangun tidur. Kita boleh memilih samada hendak sambung tidur atau bangun pergi mandi. Di bilik mandi pula, kita ada pelbagai pilihan sabun - sabun di kepala, rambut  (syampu) atau sabun basuh.

Sebenarnya, terlalu kompleks untuk berbicara mengenai pilihan.

Mungkin terlalu karat neuron kepala hendak memikirkan sesuatu yang bernas malam ini, apatah lagi aku amat marah terhadap 'pak guard' kompeni sendiri. Pagi lagi aku dibebelkan, sebab aku parking kereta sesuka hati. Nak bagi aku 'warning letter'.

Esok, akan buat sekali lagi benda yang sama.

Ok, mengenai mata.



Hari ini aku tertarik sebuah artikel, penulisan seorang CEO yang mengatakan cara kita melihat sesuatu situasi adalah skil untuk kita berfikir secara kritikal dan ideal.

(Aku baca sebab nak buang masa menunggu waktu balik.)

Apabila kita menjadi ketua bagi sesebuah organisasi yang kompleks; mempunyai lebih dari 20 karektor manusia dalam organisasi tersebut, maka seorang ketua perlu mempunyai mata yang variasi. Dan dia merumuskan bahawa mata tersebut adalah mata unggas, burung dan ikan.

#1. Mata unggas.
Setiap mata serangga adalah bertindak pada perubahan sekelilingnya dengan penuh ketelitian. Misalan, seekor mentadak akan bertindak pada alam sekelilingnya dan ancaman yang bakal berlaku. Bermaksud,  kita perlu respon terhadap orang disekeliling kita secara terperinci dan fahami setiap ahli dalam organisasi tersebut. Ini untuk mewujudkan persehaman yang tinggi sesama ahli.

#2. Mata burung.
Mata seorang burung adalah melihat secara rawak. Bermaksud, apabila diutarakan satu masalah sebagai ketua perlu melihat masalah itu secara meluas dan apakah implikasi kepada imej yang lebih besar. Pemikiran bukan hanya tertumpu pada satu skop kecil, dan kena keluar dari organisasi itu sendiri untuk melihat persekitaran yang lebih menarik.

#3. Mata ikan.
Seekor ikan mempunyai mata yang bertindak pada sebarang perubahan 360 darjah. Air berkocak, akan lari. Ada cahaya tiba-tiba terlindung, akan lari. Prinsip mata ikan, melatih supaya apa saja perubahan yang sedikit pun boleh dilihat. Ini juga melatih supaya melihat satu kompleksiti menjadi satu faktor yang senang bila hendak membuat keputusan.





Bosan?

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...