Isnin, Februari 11, 2013

Hari ini, lagi syahdu, paling syahdu.

Hari ini aku dijemput datang ke rumah mak mertua kawan aku.

Rumah mak mertua orang lain.





Soalannya, masih soalan yang biasa aku dapat bila dalam usia begini.

"Bila nak kahwin?"

Dan paling sadis, kawan-kawan aku 8 orang yang duduk dalam lubuk, sama-sama tak faham dalam kelas. Sama-sama pernah kena hambur dengan pegawai JPA, sama-sama naik bas, angkat barang ke Ulsan dan macam-macam lagi... hari ini telah buat satu rumusan.

Muthanna - dah kahwin, bakal ada anak.
Mang Ganu - dah ada anak seorang.
Zhafri - baru hari itu dah kahwin.
Serol - dah ada anak boleh bercakap lagi.
Acap - 2 bulan lepas kahwin.
Amirul - bakal berkahwin.
Abang - tak ada cerita lagi.
Adib - tahun depan kot.





Perbualan terakhir kami bersama, aku cakap begini, "Korang kahwin dulu, aku insya-Allah datang semua majlis. Lepas tu korang datang majlis aku. Amacam?"

Kelihatan cool kan?

Rupanya, memang boleh terjadi!

Masin giler mulut aku, ptuih, ptuih, ptuih.



Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

Linlin berkata...

bila diasak soalan y sama byk kali, jwpn pun sama, berulang kali. "kau la dulu, baru aku,"

dan memang jd pun.hoho..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...