Isnin, Januari 07, 2013

Mengatasi Ketakutan Hilang Pekerjaaan.

Ramai kawan-kawan aku sekarang (berdasarkan luahan hati mereka) amat gusar makan gaji dan menyebabkan hilang pekerjaan; untuk waktu sekarang.

Soalannya, macam mana nak hilang rasa takut itu?

#1. Simpanan sehingga 3 bulan pendapatan sekarang.
Ini memang dipraktiskan dan dicanangkan dimana-mana buku pelaburan/disiplin kewangan. Misalan gaji kau: RM2000. Untuk rasa lebih selamat, sila simpan duit anda sebanyak RM6000. Ada mengatakan lebih baik kalau menyimpan untuk 6 bulan: iaitu sebanyak RM12000. Baru kita rasa akan kurang takut apabila kompeni yang anda kerja sekarang berkata: Akan ditutup.

#2. Pengalaman.
Kerja dan pengalaman adalah dua benda yang berbeza (pandangan aku lah). Semua orang boleh bekerja, tapi tak semua dapat pengalaman yang sama. Jadi apabila kita masuk ke dalam sektor industri, memang kita telah dipertanggungjawabkan satu kerja. Cuba jadi kaki menyibuk buat kerja orang lain. Buat dari apa yang biasa kita lakukan. Jadi nilai diri kita akan bertambah, dan bila kita diberhentikan kerja kita ada sesuatu yang telah kita fahami dan boleh praktiskan.

#3. Banyakkan ilmu.
Rajinkan membaca buku, bukan hanya terhad pada majalah sekolah sahaja. Baca semua genre buku: Sejarah, Ekonomi, Kewangan, Politik. Jadi bila kita diberhentikan kerja, pasti akan ada lubang-lubang baru yang hendak kita ceburi.

Okay, bai!

Hari ini aku terasa sangat osem.

Sebab, aku dapat makan Prosperity Burger orang lain belanja.



Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...