Sabtu, Ogos 11, 2012

Persamaan manusia 3 billion manusia di dunia.

Masa dan ruang itu bersuka ria, kita yang pilih.

Aku dan manusia yang ada dalam dunia ini, mempunyai salah satu benda yang sama - masa. Setiap hari kita telah diperuntukkan 24 jam sehari, bersamaan 1440 minit. Setiap minit yang ada dalam kawalan kita, sukar diramal.

Misalan, melalui perangkaan kita akan bergerak dari Shah Alam ke Klang dalam masa 20 minit. Syarat dia adalah tiada halangan sepanjang perjalanan. Pergerakan kita secara purata kita sudah kata, ianya akan mengambil masa 20 minit. Tapi secara zahirnya dan secara realitinya, banyak halangan kita lalui. Semasa kita memandu;

a) Ada lori dihadapan, memandu dengan sangat perlahan.
b) Motorsikal memberi isyarat untuk lintas ke hadapan.
c) Lampu isyarat pada waktu merah.
d) Ada eksiden telah berlaku.

20 minit itu telah menjadi 35 minit.

Ini aku katakan masa yang kita miliki sebenarnya, bukan dalam kawalan kita.

Aku suka bertutur mengenai masa. Sebab pada hari ini, aku belajar benda yang sama dari orang lain. Manusia lain juga mampu mempunyai guru yang sama dari aku, dan belajar benda yang sama. Tapi seberapa pantaskah pada hari ini kita mendapatkan sesuatu.

Persoalan ini, aku telah diutarakan oleh seorang jurutera baru masuk, dan melihat aku bekerja dan telah memanggil aku gelaran 'Abang'. Mulanya aku gelak dan memberi pesanan, "Aku sama je dengan kau, jangan panggil aku abang.". Ye, aku tahu dia sebaya dengan aku. 25 tahun. Aku dah habis ijazah muda aku setahun yang lepas, dan dia baru masuk kerja dan bagi dia semuanya sangat baru.

Seperti biasa, dia tanya: "Susah tak kerja?"

Kerja dimana-mana susah. Aku pernah kerja lap kilang. Cuci mesin. Isi bahan untuk proses. Mengetuk besi, jaga penyimpanan stor. Aku telah rumuskan pada hari ini, kerja makan gaji adalah sangat penat. Tapi, bagus untuk mengenali dunia.

Bagi aku, masa adalah faktor penting pada hari ini.

Misalan paling besar aku bagi adalah, Korea dan Jepun. Pada tahun 2000-an, Jepun adalah kuasa besar dalam bidang konsol elektronik. Lihat sahaja brand barangan dalam rumah kamu. Tapi 10 tahun kemudian, keadaan itu berubah. Bila kata LCD, kamu kata Samsung adalah terbaik. Bila kata peti ais, LG adalah terbaik. Pada 2000-an, Korea baru sahaja pulih dari krisis ekonomi rantau Asia tahun 1998. Tapi bagaimana sepuluh tahun kemudian, mereke menjadi kuasa besar dan membuatkan ramai manusia di Malaysia terkinja-kinjakan K-Pop?

Aku mengenali bagaimana wang berfungsi dalam kehidupan seharian ketika aku mengikuti kelas ekonomi, dimana aku masuk sebagai pendengar bukan sebagai pelajar. Wang adalah perjanjian minda kita bahawa kertas yang kita usung setiap hari bernilai.

Aku memberitahu idea wang ini kepada adik aku, yang telah berubah dari mengambil Sains Tulen kepada Sains Gunaan yang mempunyai subjek ekonomi dan perakaunan. Adik aku hanya berumur 16 tahun, dan Alhamdulillah dia tidak sabar untuk berumur 18 tahun.

Kerana banyak sektor perbankan telah menetapkan pelabur aktif perlu berada pada umur 18 tahun ke atas, kerana mampu mempunyai fikiran yang waras untuk memilih.

Aku bermula lewat, dan aku mahu adik aku bermula awal.

Aku nak lihat faktor masa pada hari ini adalah sesuatu yang bernilai.

Aku dan manusia lain didunia ini, sama sahaja. Mempunyai masa 24 jam sehari, 1440 minit. Tapi bagaimanakah setiap hari kita rangka masa 1440 minit kita.





Syet.

Aku telah habiskan masa 20 minit untuk menulis benda yang merapu.


Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

Linlin berkata...

aku amik sains tulen n pengetahuan psl ekonomi, akaun; kosong.

tp aku penah keje akaun, so celik sket mata aku dan pengetahuan akaun, ekonomi mmg penting.

byk profesional kat dunia, tp brp byk drpd diorg jd jutawan. sbb x tau bisnes n x melabur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...