Ahad, Julai 22, 2012

Perut kecil kita tak mampu menadah nafsu makan.

Aku memang mengalukan bulan Ramadhan.
Aku memang suka suasana bulan Ramadhan.

Sejak aku akil baligh, aku anggap bulan Ramadhan ini terlalu luas rezekinya. Kehidupan aku juga dah mengalaminya. Seperti tahun lepas, aku anggap itu bulan kemenangan - dapat lakukan sesuatu luar batasan aku. Tahun ini, aku tak tahu lagi apa yang mendatang. Berharap seperti selalu.

Tahun-tahun yang lepas, aku biasakan diri buka puasa dengan sekotak susu dan sebungkus roti. Itu sahaja. Atau tidak pun, sepinggan nasi dan satu ke dua variasi lauk.

Bila pulang ke tanah sendiri, ia terbalik.

Hampir 5 ke 6 jenis lauk, belum dikira kuih muih lagi. Bubur lagi. Buah-buahan lagi. Banyak.



Seperti hari ini, aku duduk dapur kejap. Jadi macam Chef Riz Masterchief, tengok adik aku potong itu, potong ini. Tumis sambal kejap, lepas itu tumis ikan.

Bila waktu masak, tak sedar berapa lauk telah dimasak oleh warga perempuan dalam rumah ini - mak aku dan adik aku.

















Jadi, bila aku duduk atas meja nak berbuka - aku dah macam Sauron dalam cerita Lord of The Ring. Mata melilau, nak makan apa.

Lalu aku keluarkan statement yang penuh perli.

"Memasak banyak bagus, tapi dalam rumah ini ada berapa perut je sanggup nak makan."

Bapak aku memang tak makan banyak, sebab nak tadarus.
Mak aku tak makan banyak sebab memang dari dulu tak makan banyak.
Adik perempuan aku tak makan banyak sebab diet.
Adik lelaki aku suka makan benda eksotik, macam pizza atau spaghetti - nasi berlauk jarang makan.

Jadi, aku sebenarnya warga penting nak habiskan lauk.

Kekadang, kita terlalu letih sebab makan. Bukan letih mencari rezeki hendak makan.


Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...