Ahad, Julai 08, 2012

Menghargai insan ketika dia masih hidup.

Live life to the fullest.
Stay foolish.
Stay hunger.

 

Hari ini kita berjumpa.
Esok kita, berpisah.

Di-jadikan setiap yang ada dunia, berpasangan. Maut dan hidup. Lelaki dan wanita. Sibuk dan tenang. Langit dan bumi. Jauh dan dekat. Rapat dan renggang.

Siapa sangka, manusia yang kita jumpa semalam, hari ini tanpa ucapan dia sudah tiada. Secara barzakh atau duniawi.

Kita tak mampu menduga kuasa Tuhan, memberi tugas kepada Izrail mencabut nyawa.

Tapi yang mampu sebagai manusia...


...menghargai diri mereka sebagai insan yang hidup, ketawa bila perlu, menolong bila dipinta.

Panggilan telefon disahut.
SMS dibalas.







Sampai sekarang, aku fobia mendapat panggilan telefon di kala pagi buta.

Kalau telefon berdering di kala waktu itu, aku akan diam dan melihat telefon bimbit vibrate dengan rancak.

Semua panggilan aku terima ketika itu, panggilan menyebut nama seseorang dan dikhabarkan 'sudah tiada;.








Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...