Sabtu, Jun 30, 2012

Hakikat kesempurnaan.

Walaupun kesempurnaan itu ideal, tapi warga manusia masih berusaha ke arah itu.

Demi kepuasan.





Hari ini aku mendefinisikan sempurna adalah apabila aku bangun pagi, aku tiada siapa untuk berkata, tiada siapa untuk dihubungi. Menyarungkan kain pelikat, jubah hitam dan duduk di kerusi malas menyaksikan ulangan Euro.

Menyisip kopi, menyelak majalah. Menyarungkan katil dengan alas, bantal disusun dihujung. Kain sudah dipakai ditempatkan di bakul. Buku-buku  Ahmed Deedat disusun semula, bahan latihan diatur secara vertikal - hampir sempurna.

Lalu, aku buka lagu feveret tahun ini, dan bakal berulang sehingga tahun hadapan.

Itulah aku definisikan kesempurnaan, pagi ini, saat ini.

Barangkali aku hanya berimpian besar, bermimpikan indah bahawa kesempurnaan itu ada.

Hakikatnya, kesempurnaan itu tiada pada kita, hanya pada Pencipta.






Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...