Sabtu, April 21, 2012

Apabila memegang tangan seorang anak kecil.

Selamat pagi, Ohayo, dan 'morning'.

Bunyinya mungkin berbeza, tapi pengertian adalah sama. Ucapan untuk permulaan hari yang baik, untuk kebaikan yang mendatang.

Seawal pagi aku bangun, sudah menjadi kebiasaan. Kerja ke tak kerja, aku tetap akan bangun pagi. Setiap hari aku berfikir, esok aku akan mati. Atau sekejap lagi. Banyak lagi aku mahu buat dalam kehidupan aku yang semakin hari aku rasa semakin singkat. Semakin ligat. 

Cuba memulakan ruti pagi dengan senaman. Berjalan-jalan di lorong-lorong perumahan melihat makcik umur separuh abad mencari rezeki pagi, menjaja kuih dan sarapan. Ada yang tengah memanaskan enjin untuk keluar dari rumah seawal pagi. Banyak ragam. Betapa aku terlalu merindui suasana pagi, tanpa mengejar masa ke tempat kerja. 

Hari ini, aku dan adik beradik aku sahaja yang ada. Dari halaman rumah, aku susun kasut, selipar. Aku alihkan kereta mak aku ke bahagian luar. Cuci longkang. Aku cari baldi, aku tak jumpa. Rupanya ada di dapur. Cari pisau nak belah nenas busuk, rupanya bawah sinki. Cari sabun buku, rupanya ada di bilik air depan. Hose paip ada celahan kabinet. Betapa aku selama ini sibuk entah ke mana, aku tak tahu aku buat apa 3 bulan yang lepas. Semacam aku hilang dari suasana ini. 

Masuk ke rumah, lauk semalam atas meja aku kemas. Yang dah basi, aku buang. Masakan masih elok aku letak dalam peti ais. Sama seperti tadi. Cari kain lap, rupanya tersorok belakang pinggan. Cari suis plug rice cooker, rupanya dah berubah. 

Dalam rumah aku senyum seorang diri.

Dah lama aku tak menjengah dapur. Aku check gas dapur masih banyak. 

Adik aku pula suruh hantar dia ke sekolah. 

Dengan baju basah lencun aku pergi hantar juga, naik kereta pertama aku - Iswara 95. Clutch automotik masih berfungsi dengan baik. Radio pun dah sayup suara DJ nak cakap. Lampu signal kiri dah tak berdetik secara berkala. Engine heat temperature gauge pun dah tak berfungsi, aku siap ketuk-ketuk dashboard nak betulkan. Rupanya dah terlalu lama aku tak naik kereta ini!

Dalam perjalanan pulang, aku jumpa kawan aku masa nak beli nasi lemak.

"Dib, kau wat pe kat sini?"
"Cari sarapan."
"Jauh kau cari sarapan."
"Saja. Dah lama tak merayap kat sini."
"Ye ke. Aku pun sama, anak aku nak makan bihun plak hari ni."
"Ini anak kau ke?"
"Aah. Dah nak masuk 2 tahun. Salam acik."

Bila aku salam, seorang budak yang tak kenal siapa aku - aku rasa betapa seronoknya kawan aku melayan kerenah budak kecil, lagi-lagi itu adalah darah keturunan dia. Anak dia.

Perasaan aku rasa kacau.

Pulang ke rumah, aku letak bungkusan nasi lemak.

Aku ambil selimut, kelubung diri dari kaki ke kepala. 












"Aku sudah terlalu tua untuk menikmati pagi secara berseorangan."

Kebosanan mencipta kelainan.

4 ulasan:

kinOtitO berkata...

sedih...
menanggis aku baca cite nie...
rndu..
bangun pagi, mama abah terpekik kejutkan suh bangun sarapan sama2......, rndu sgt suasana umah sendiri...

Tanpa Nama berkata...

wow!! =D

Linlin berkata...

ingat dandelinoid dah kawen, tu psl x update blog. rilek bro, masanya akan tiba :)

happycloud berkata...

kalau cam tu, cepat lah kahwin. bukan berdua je nanti sarapan, bertiga berempat (termasuk anak anak)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...