Khamis, Disember 01, 2011

Melihat jari disarung cincin.

Jari adalah lima untuk norma jari manusia.

Bila ada dua tangan, maksudnya kau ada sepuluh jari. Ada ibu jari, ada jari telunjuk, jari hantu (tengah), jari cincin dan jari manis. Setiap jari bila dikeluarkan satu mempunyai isyarat sendiri. Semuanya bergantung kepada budaya, minda fesyen, trend semasa atau emosi isyarat. Kadangkala tafsirannya, boleh diterima seluruh warga sejagat manusia yang sekarang berangka lebih 7 billion.

Jari tengah dikeluarkan - maka 'butuh' sekali maksudnya.

Jari ibu dikeluarkan, maksudnya kau amat bagus.
Jari telunjuk dikeluarkan, maksudnya 'disana'.
Jari cincin, aku tak tahu.
Jari kelingking, jari hujung, mungkin isyarat hendak membuat janji.

Melalui jari juga, boleh dijadikan cerita. Cerita lelaki yang amat sedih, berubah menjadi lelaki yang amat murah dengan senyuman, menjadi seorang yang serius tentang kehidupan, tidak mahu membuang masa dan membuat perjanjian bahawa dia tidak akan sesekali mengabaikan kehidupan dia yang bakal dicabut bila-bila masa.

Aku masih simpan jalan cerita 'jari-jari' itu. Sebab aku rasa menarik, dan kisah itu hanya keluar bila ia sudah bersedia untuk didengarkan.

Agak pelik, aku bercerita pasal jari.

Aku menutup cerita blog ini dikala bulan November, dan lagi 31 hari menjelang tahun 2012.

Alhamdulillah, 10 jari aku masih rancak menulis setiap huruf. Ibu jari di 'SPACE', jari telunjuk kanan di 'J', kirinya pula di 'F'. Pagi tadi 5 jari ini, menerima sepucuk surat, dalamnya tulis:

"Dirahmati, En.Adib. Jemputan ke majlis..."







"Dah nak kahwin dah?"

Aku memang blues giler pagi-pagi dah terima jemputan begini, ini menunjukkan manusia sekeliling aku yang bakal menamatkan zaman bujang mereka.

PS: Aku tengah mengarang coretan seorang gay untuk kawan aku, bakal dimuatkan dalam Harian Metro. Ok, tak lucu.

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

jumari jipan berkata...

"Dah nak kahwin dah?"

Aku pun menghadapi situasi yg sama sekarangni. Manusia disekeliling aku..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...