Ahad, Disember 04, 2011

"Cinta pertama lelaki selalunya phailed."

Bila mulut aku berkata sesuatu tentang cinta, ianya bakal menjadi fakta kepada lelaki-lelaki lain. Kadang-kadang aku merepek mengenainya - cinta. Ok, hari ini ianya bakal menjadi entri geli kepada pembaca sekalian.

Biasanya, aku menulis entri bagaimana penceritaan taksub aku terhadap seorang perempuan, atau benda-benda karut yang menggelikan hati apa ke, tapi hari ini aku mahu menulis tentang seorang lelaki dari seorang lelaki. Ianya agak geli, dan kedengaran seakan-akan aku meminati hubungan liwat. Tak ada, cuma ianya permintaan seorang kawan aku, yang sudah berkahwin (ketika ini mungkin kali pertama...kedua, atau ketiga, entah).

Ok.

Lelaki yang aku kenal ini, tahap keromantisannya aku tak tahu. Cuma aku tahu dia amat caring tentang hubungan cinta.

Kali pertama aku jumpa dia, adalah seorang yang sangat mudah di-prank. Kena prank pasal pemandu bas Intec UiTM. Dia juga pembawa cerita seorang budak kena belasah di 7E ketika sebelum berangkat ke Korea. Mulanya, aku rasa dia ini seorang yang agak sombong - dari JB. Macam susah nak masuk kepala. Tapi lama kelamaan, ok.

Ketika zaman bahasa aku banyak habiskan masa lapang dengan dia. Titik permulaan menjadi rapat adalah kerana sebuah konsol Playstation 2. Ketika itu zaman hebatnya. Dia selalu datang rumah aku lepak-lepak main Pro Evolution Soccer (PES), cuti pun lepak rumah. Bayangkan rumah dia berdozen-dozen stesen keretapi bawah tanah jauh dari rumah aku.

Aku pun selalu lepak rumah dia. Tengok dia main game, Dota. Bila dia habis game, ajak sembang-sembang dengan budak rumah dia. Tidur himpit belakang pintu, bawah meja studi sebab rumah itu kecil sangat. Jadi kawan sembang pasal kehidupan, apa nak buat dalam kehidupan yang mendatang. Pernah sekali layan cerita sampai aku kantoi ujian vocabulary Korean. Aku seorang sahaja dari 85 orang budak.

Masa dia balik Malaysia awal bulan 8, dia kontek aku nak jual ubat kurus. Nak buat itu, nak buat ini. Bagi aku dia sumber cerita drama English yang banyak. Sebabkan dia, aku terpengaruh dengan Prison Break. Dia orang pertama suggest aku cerita itu. Selepas itu, One Tree Hill. Dari season 1 ke season 7 aku tengok.

Bagi aku dia seorang yang jiwang.

Banyak perbualan mengenai perempuan, rupa bentuk, hati dan perasaan.

Masa aktiviti berbasikal sepanjang Chongyecheon, dia buka cerita nak travel ke suatu tempat - travel trip pertama sebagai seorang pelajar. Perancangan ini makan masa yang panjang. Eksited turun naik bangunan travel agensi, bangunan MAS melihat pelbagai diskaun untuk terbang ke Australia.

Dia menjadi kawan 'pelancongan' pertama.

Masa dia balik Malaysia, aku rasa dia jumpa seorang perempuan. Masa aku selalu perli dia, "Dah ada komitmen, mana boleh kacau."

Tapi aku tak tahu apa cerita seterusnya.

Masa zaman kolej, sepatutnya aku duduk hostel dengan dia. Tapi aku menolak dengan alasan beberapa sebab. Boleh makan carut ketika itu. Tapi aku selalu lepak rumah dia, masak kat rumah dia, tidur bilik dia ketika menunggu waktu kelas, belajar kat bilik dia, main PES kat bilik dia sampai jiran sebelah sound suruh senyap.

Bila nak dekat waktu tidur, selalu sembang pasal perempuan. Statement yang aku masih ingat, walaupun gurauan adalah:

"Perempuan pertama kau jumpa, mesti kau akan gagal. Lepas itu, kau jumpa perempuan kedua, gagal juga. Sebab kau berhati-hati sangat. Ini semua sebab cinta pertama kau. Kau akan OK balik bila jumpa cinta yang ketiga."

Bila habis kolej, aku sama flight dengan dia.

Ada satu malam dia mesej aku:

"Aku rasa aku dah jumpa seseorang lah. Dilema."

Bila balik Korea semula, aku tahu dia dah jumpa seseorang. Jadi seorang yang sentiasa berada depan komputer. Chatting dengan seseorang. Macam biasa, aku perli, "Komitmen beb, tak boleh kacau!" Dari dia, aku belajar satu tips untuk mengenali perempuan.

(Tips itu aku rahsiakan, sebab ianya amat berkesan)

Ketika tahun akhir, sekali lagi travel trip bersama, ke Beijing. Ini lagi gile dari Aussie trip. Satu statement aku masih ingat adalah:

"Kau tahu, pelacur kat Malaysia banyak dapat dari mana?"

The rest is secrecy.

Tahun terakhirlah ini kami menghabiskan masa sebagai pelajar. Banyak kali keluar buat benda selagi mahu menjadi pelajar. Buat muka comel dalam keretapi bawah tanah, keluar shopping kat Myeong Dong, lepak kat Namdaemun, makan kebab Arab, pergi kolej buat kali terakhir, berjumpa senior-senior dan macam-macam lagi.

Satu malam, majlis keraian untuk pelajar tahun akhir suasana amat kelam kabut. Semua nak bergambar dengan orang itu, dengan orang ini. Dia ajak aku bergambar, dia panggil aku:

"Wei, aku kena bergambar dengan kau dow. Kau partner in crime, double trip ngan kau."

Bila balik, terus berubah status dari 'in relationship' ke 'engaged', dan hari ini mungkin sudah berubah kepada 'married'.

Sebelum nikah, dia minta aku tulis sesuatu pasal diri dia, dari aku, sebelum dia kahwin.

Aku cakap kat dia:

"Kau ingat tak statement kau pasal cinta pertama lelaki biasanya gagal? Dan, akan OK bila cinta ketiga?"

"Dib, aku memain je kot waktu itu. Aku rasa cinta pertama, kedua, ketiga, keempat ke, kalau dah jodoh, ada minat, ada keserasian, nombor boleh diabaikan dow. Aku nerbes gila nak kahwin ni. Wei, aku nak request satu benda. Masuk dalam Dandelinoid. Cerita pasal aku, entri khas sempena hari bersejarah aku."













Selamat pengantin baru, Hanif Fazli dan Azlin Farhana.

PS: Od, aku nak meja yang ada ramai gadis dan lauk best. Boleh?

Kebosanan mencipta kelainan.

5 ulasan:

Guo Heinz berkata...

od sudah kawinnn

(^_~) berkata...

kenapa sampai ada dua kali post yang sama?

btw,

Tips itu aku rahsiakan, sebab ianya amat berkesan

...ini buat orang sangat curiouslah!

jijie berkata...

....




(tetibe kehilangan idea utk komen)

Nadia berkata...

cinta pertama pompuan pon slalu phailed jugak..~!!!

aku pemilik blog berkata...

Aku harap aku bukan cinte pertama dia.
Btw aku enjoy bce blog ko.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...