Khamis, November 17, 2011

Nampak dewasa bukan ganjaran hebat mana pun.

Lepak dengan warga berumur, bercerita tentang politik, melawak tentang seks, dan selitan dengan kisah rumah tangga - antara situasi sedikit sebanyak merubah cara kita melihat dunia.

Bila ada sesuatu berlaku di hadapan kau, lalu kau respon dengan cara tersendiri, ada yang memerhatikan kau lalu orang akan cuba menyelidik satu benda, "Berapa umur dia erk?". Soal umur dan darjah kedewasaan adalah sesuatu yang sukar dirungkai oleh sains. Cuma secara kasarnya, kalau sudah mimpi basah kau sudah baligh. Tidak perlu untuk solat bersama budak-budak di saf belakang.

Itu baligh, bukan kematangan.

Seperti juga, merokok. Berbaju sekolah, naik motor kapcai EX5 bukan darjah kematangan. Hisap rokok macam jin, tapi pakai duit mak bapak. Balik rumah, minta begini, "Mak, nak RM10. Nak beli Dunhill la!". Gaya mungkin matang, tapi adakah itu kematangan?

Undang-undang, mengatakan 18 tahun ke atas adalah remaja/pemuda. Nombor langkauan untuk melakukan yang tak sepatutnya boleh lakukan di bawah 18 tahun. Main kuda, masuk kelab malam, beli rokok di kedai mamak. Boleh ikut Seksualiti Merdeka, membeli majalah lucah dan sebagainya.

Itu juga, bukan kematangan.

Apabila aku duduk dengan makcik-makcik yang duduk mengata sepanjang hari, akak-akak yang sarat mengandung bercerita perihal keluarga dan merancang kekeluargaan, aku memang tak segan silu tanya itu tanya ini. Sebab benda begitu bukannya datang dari buku, tapi pengalaman. Kadang-kadang aku bagi pandangan aku sendiri.

Lalu, ada orang tanya, "Umur kau berapa?"

"24, kak. Kenapa erk?"

"Aku ingat kau 27 macam tu. Muda sangat kau ni."



Menjadi seorang dewasa ruginya, kita tak mampu berpatah balik. Ke zaman kanak-kanak riang yang tidak perlu memikirkan ansuran kereta bulanan, rumah, bil telekomunikasi, elektrik dan air. Hanya merengek untuk dapatkan model kereta BMW M3.

Persoalannya, adakah kita perlu bertindak mengikut umur?

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...