Rabu, Oktober 26, 2011

Selekeh adalah kemestian.

Kalau aku tonjolkan satu persatu pakaian aku, baju yang mempunyai kolar amatlah sikit -3.

Setiap pagi, aku hanya akan menyambar mana-mana T-shirt - yang ada gambar Naruto, harimau, plain kaler dan corak satu gambar di bahagian hadapan. Setiap hari aku akan memakai T-shirt, dari Isnin ke Ahad seterusnya. Pergi mana-mana adalah T-shirt.

Seluar pula.

Aku hanya memakai jeans. Kalau kau nampak aku pakai khaki, kemungkinan besar aku baru keluar dari tempat kerja aku. Kalau aku dibenarkan pakai jeans, memang setiap hari aku pakai jeans. 







Hari ini aku dengar tazkirah pasal 'keredhaan'. Gaji tinggi ke sikit, kalau redha memang semua akan cukup. Sebab itu, aku simpulkan - redha tiada TAPI.

"Aku redha gaji aku RM 1000 je sebulan, TAPI nak makan apa dengan seribu!"
"Redha je lah minah tu gi lelaki lain TAPI kenapa lelaki itu dia pilih!"

Owh. Hujan tidak berhenti sepanjang hari.

PS: Aku sekarang asyik tengok langit je.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...