Isnin, Disember 20, 2010

Menikmati sejarah diri sendiri, aku sendiri yang mendokumentasikannya.

Ini kerja aku sekarang: Menikmati gambar-gambar lama aku.

Dari tahun 2005 hingga 2010, bulan Disember.
Dari aku gemuk, sehingga fasa untuk jadi gemuk.
Bertukar musim, dari musim sejuk ke panas, kadangkala suam-suam panas.
Berlaku di pelbagai negara.

Blog-Lagi-Gradz Photos




Aku tengok gambar-gambar lama, lepas itu aku gelak seorang diri.

Gambar itu tak bercakap pun atau buat lawak. Tapi dalam gambar itu tersembunyi cerita-cerita tersendiri. Aku dapat idea untuk mengisi hari-hari aku seterusnya: Menghimpunkan gambar aku yang lama-lama sehingga saat ini aku hidup.

Bukan dari kecil, tapi dari saat aku mempunyai digital kamera pertama jenama Canon hingga ke DSLR jenama Nikon. Dan, kenapa soalan "Antara Nikon dan Canon, mana satu lagi best?" sering ditanya?

Bersyukur aku mempunyai kamera, banyak detik aku telah rakamkan rupanya.

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...