Khamis, Disember 09, 2010

Hari-hari serius dikejutkan dengan magician/trik Matematik.

Terasa beruntung, manusia-manusia yang mendampingi aku sentiasa bertindak lebih kool dan berjenaka. Aku tujukan kepada budak-budak Ulsanian, sebab wajah-wajah mereka yang sentiasa muncul - di jalan ke kelas, ke kedai makan, ke kolam renang.

Kalau ditanya bagaimana aku melalui kehidupan hari ini, amatlah bosan untuk ditulis dan dibaca, dan diolah oleh otak korang sendiri. Anggaplah hari ini, terasa sejuk dan hambar - buku teks, kopi dan Twitter.

Sebenarnya, banyak idea aku dapat untuk aku tulis dalam blog ini, misalnya:

#1. Perbankan Korea yang tak mesra warga asing (alien).
#2. Bank darah Korea yang tak akan menerima darah warga asing (alien).
#3. Aku dah lupa. Ianya juga menarik.

Tapi, soal masa dan komitmen benda lain, aku tak akan menulis benda yang serius begitu.

Bulan Disember, bulan terakhir pada kalendar kuda.
Kalau kau pergi bilik Em-berg, ada gambar perempuan hampir ber-bogel kat kalendar tu.

PS: Em-berg, adalah penulis blogger separa kental yang bertemakan warga asing di Korea dipanggil, alien.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...