Khamis, Disember 02, 2010

Bila data sampai ke tangan kita, jangan percaya bulat-bulat.

Itu apa yang aku buat bila suatu info datang kepada aku. Macam terbaru ini, kes minum Nescafe 3 In 1, boleh kaki patah. Aku dah tahu benda itu 2-3 tahun yang lalu (kalau kau laju dari aku, syabas). Berita itu tersebar begitu je, pandangan dari satu pihak (?).


Macam berita di atas ini, aku tak terima bulat-bulat. Sebab keadaan survey dan skop survey adalah bukan dari warga tempatan. Adakah seorang Petroleum Engineering masih gaji masyuk di ceruk pedalaman Tibet?

Gaya aku macam aku sangat berhati-hati dengan orang. Tak. Aku berhati-hati dengan apa yang orang cakap. Nak cari kawan ke syurga itu memang boleh, tapi hati manusia ini sukar diduga. Satu hari kau tak tahu, dia mungkin musuh kita atau saingan kita.

Sebab itu muncul frasa, musuh dalam selimut.

Aku tak suka makan kawan. Tapi jangan sangka aku tak boleh lakukan benda yang sama, cuma aku tak nak. Atas sebab hidup ini ada ketentuannya. Doa kita dimakbul andaikata usaha kita berlipat ganda. Seperti perbuatan jahat kita, satu hari ada balasannya. Mungkin secara sikit-sikit, atau sekali harung.

Dijadikan semuanya berpasang-pasangan, baik dan jahat.

Berkata suatu yang serius memerlukan...geram.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...