Ahad, November 07, 2010

[Tembak Rawak 10] Yollamsil.

Perpustakaan di sini adalah diterima akal oleh setiap pelajar Korea sebagai tempat ideal untuk belajar. Malah, ada satu lagi bahagian: kiub-kiub kecil untuk satu individu. Fokus 100 peratus di tempat belajar.

Aku tak suka belajar kat sini bila waktu peperiksaan, atas sebab banyak bunyi 'annoying'. Bunyi orang selak kertas (seorang boleh terima, kalau ianya jadi 100 orang?), bunyi pemadam bergerak-gerak dan kerusi.

Disebabkan jadual peperiksaan aku lewat dan aneh dari pelajar lain, pergi juga untuk tumpuan hebat. Kat bilik, banyak je ajakan untuk ke pool, bermain poker, PES yang datangnya dari manusia yang dah habis kertas.









Mengambil rehat sekejap, untuk menenangkan fikiran.

Pernah tak berdenyut-denyut nadi otak tu, memerah jawapan? Pengakhirannya, kertas jawapan penuh tapi tak tahu apa yang ditulis.

Soalannya: Apa yang kamu tahu tentang ini...(tajuk)?


Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

Freaky berkata...

Gud luck exam

Diloz berkata...

style lah cara kau shoot.
deep dowh deep.

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...