Sabtu, November 13, 2010

Esok adalah 'roadtrip' paling jauh, 7 jam.

Selalu aku 'travel' dari satu metropolitan ke metropolitan, adalah menaiki kenderaan awam: KTX (bullet train Korea), keretapi bunga mawar (super lambat tapi selesa dan murah), bas lompat-lompat dan bas ekspress.

Tapi, esok naik kereta.
Bersama rakan-rakan, tapi bukan disebabkan  inspirasi dari  filem-filem roadtrip yang popular.

Dikhabarkan untuk perjalanan 7 jam (mungkin boleh jadi), kereta kitaorang tiada hiburan biasa: radio/pemain CD. Tadi tengah berfikir apa langkah perlu dilakukan?

"Nak buat apa?"
"Main poker?"
"Ko jangan, aku drive. Tak sampai tak tahu,"
"Jap-jap. Aku kumpul cerita lawak, esok aku buat lawak, hiburan tu!"

Apa-apa pun, doakan kami selamat pergi dan pulang.
Kalau aku tak post apa-apa, maknanya aku dah tak ada dalam dunia ini.

Lawak pun lawak gak, baru je cari doa naik kenderaan untuk diaminkan esok.

Seperti lagu Raihan, 'dimulakan dengan Bismillah'.

Selamat jalan!

Kebosanan mencipta kelainan.

5 ulasan:

a.s.m.a berkata...

selamat berjalan-jalan..IA slamat pergi dan pulang ^^

Azeyra berkata...

enjoy ur trip...moga selamat pergi dan pulang

Nadia berkata...

Selamat Ber"enjoy"...

Freaky berkata...

selamat berjalan :)

nil berkata...

keretapi bunga mawar. aku bayang ad gmbr bunga mawar dekat gerabak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...