Khamis, Oktober 28, 2010

Semangat 1 Malaysia tak boleh aplikasi pada peminat bola sepak tempatan.

Aku main redah je. Konon-kononlah nak cuba cari mood berfikir secara serius. Jadi ini adalah pendapat aku: "Semangat satu Malaysia tak boleh aplikasi pada peminat bola sepak tempatan.".

Setuju atau tidak?

"Kelantan VS N9. Go go N9" - yang cakap adalah orang Kedah.
"Kelantan menang! Tertebusnya maruah!" - yang cakap adalah orang Kelantan itu sendiri.

Selangor, Kedah, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu dan negeri-negeri lain adalah termasuk dalam Malaysia. Apabila taksub dengan semangat kenegerian, automatiknya kita lupa semangat satu Malaysia.

Am I shitting?

Semakin menarik tengok perkembangan bola sepak tempatan. Bosan dengan kes Wayne Rooney yang nak gaji lebih-lebih main macam taik. Ditambah tokok tambah media bahawa England adalah kumpulan hebat. Apatah lagi, cerita kebuasan nafsu pemain bola sepak antarabangsa.

Ok apa tengok bola sepak Malaysia?

Pergh, rindu zaman Selangor bawah Ken Worden. Ada Azman Adnan kat depan, pemain veteran (masa itulah) Ismail Ibrahim, K.Sanbagamaran control tengah, Rusdi Suparman mamat super-sub.

Pemain luar lak yang aku ingat, Chris Kiwomnya (kerek tapi score banyak), pemain England Tony Cottee, Josep Biskic, tak paling popular: David Mitchell, penjaring pertama Golden Goal dalam sejarah final Piala Malaysia.

OK. Sekarang aku tak kenal banyak. Paling ingat adalah Amri Yahyah, sebab dia anak Jawa. Dari Tanjung Karang, Selangor tak silap.

Kebosanan mencipta kelainan.

3 ulasan:

Firdaus Life berkata...

hahaha kadang2 bola tempatan lagi best dari yang international

DandelinoiD berkata...

betul! penyokong mana ni? hahahahha

shiitake berkata...

yg aku ingat:
azman adnan, malik rahman, anuar ab bakar, alistair edward, olobumi adigun, atopol buspakop (xtau eja maa..).

apsal piala msia zmn duluuu rasa best gila tgk? teruja dowh..kita yg naif ke mmg zmn tu zmn gah bola sepak msia?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...