Sabtu, September 18, 2010

Selamat ber-Chusok tau!!!

Transilasinya kata, "Korean Thanksgiving Day!". Ok, lah tu. Akhirnya mereka juga ada cuti yang panjang, 3 hari (cuti 3 hari adalah dikira panjang giler). Aku pun suka, sebab aku cuti. Yang aku tak suka adalah suasananya, sebab banyak kedai tutup.

Shopping kat internet pun boleh jadi seminggu, sebab brader baedal (mat despatch) pun cuti le. Takkan nak mengangkut lori. Jadi apa aku akan lakukan sepanjang cuti ni?

Beijing 2010 [44]

Pak Nab nak datang khabarnya, tapi tak ada tiket.


Aku nak jalan pun, tak leh kemana-mana sebab orang lain cuti. Aku akan habiskan dengan pelbagai cerita yang aku ambil dari sumber-sumber sesiapa. Lepas habis tu, mungkin aku akan habiskan dengan nota-nota yakni sesi kemaskan fail lama. Lepas tu, aku akan luangkan masa dengan Season Review Manchester United.

Season lepas banyak game aku terlepas, ini adalah sebab aku gila dan mengong sikit nak habiskan jam kredit graduasi aku dan mencapai 'pointer' yang stabil agar aku enjoy sedikit semester terakhir.

Akhir sekali, aku akan belajar bermain poker melalui video World Series of Poker. Secara jujurnya, aku agak ketagih tapi aku tak pernah keluar duit. Hari itu aku beli buku 'Introduction of Economics'. Cara dia terangkan adalah menggunakan imej animasi dan ayat yang mudah.

Prinsip yang paling aku suka adalah; Chooser or Cutter.

Juga, Pareeto Principle.

Belajar ekonomi tapi tak praktis tak guna juga. Bagaimana nak praktis pemikiran ekonomi di bilik? Bermain poker. Jangan cakap, "Main poker adalah bagus!", tapi ini adalah cara yang ekonomik untuk aku menajamkan pemikiran ekonomi.



Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...