Isnin, September 27, 2010

Maksud menara gading bukan gading gajah dipacak di pintu universiti.

Itu adalah maksud yang aku terima pakai dahulu kala, sekitar umur aku 6, 7, 8 tahun.

Setiap hujung minggu je, aku disogokkan dengan rancangan yang penuh binatang-binatang, serangga pilihan dan kehidupan air terutama ikan jerung. Bila ada je National Geographic, nak tak nak terpaksalah tengok, sebab bapak aku pencinta binatang barangkali. Aku pun tak pernah tanya samada dia pernah jadi ahli kelab pencinta alam atau tidak.

Musim Luruh

Ini bukan gambar musim luruh.


Aku bukannya reti nak faham bahasa Inggeris sangat, cuma tengok binatang gerak-gerak rasa seronok pun ada. Lepas itu kagum, "Eeeeee, katak tu telan butterfly la!". Sebabkan aku tengok rancangan itu, aku boleh terima kenapa robot Power Rangers hitam adalah katak dan mengeluarkan lidah bila nak serang raksasa.

TV adalah salah satu alat yang dipakai oleh Freemason. Aku rasa nak ubah keseluruhan adalah payah. Bila tengok gajah je, mesti ingat Afrika. Ada gajah, ada orang pakai cawat kat sebelah. Ada gajah, ada gading. Umur 7 tahun, seingat aku lah, aku dah tahu kenapa orang suka bunuh gajah. Sebab gadingnya.

Ada berapa episod National Geographic, dia shoot gambar gambar gajah. Lepas itu narator minggu itu bagi nama gajah itu...Sally (sebab betina). Dia buatlah cerita gajah betina ni suka dibelai (ada gajah dewasa dengan belalainya belai Sally). Cerita lain, Sally pergi mandi dengan gembira kat lubuk mana sebab cuaca panas (tunjuk Sally berendam, aku pun pelik macam mana mereka boleh tahu itu perilaku gembira).

Part sedihnya, ada datang pemburu nak kejar gajah-gajah dewasa sebab gading mereka.

"Gading, gading, gading!"

Aku baca Mastika, dia ada tulis, "Kes bunuh diri di menara gading semakin tinggi,"

Jujurnya, fikiran aku begini:

"Setiap tempat belajar orang pandai-pandai ada gading gajah dan ramai bunuh diri terpacak di gading tersebut. Sebab apa bunuh diri, aku tak tahu, kena baca Mastika,"

Kali pertama aku masuk universiti adalah Universiti Teknologi MARA (nama lama Institut Teknologi MARA). Mata aku melilau juga mencari gading gajah, tapi hampa tiada. Yang paling tinggi entah bangunan apa, yang boleh dilihat dari Lebuhraya Persekutuan Shah Alam-Klang-Kuala Lumpur.

Kat sini, ada banyak universiti.

Korea Universiti ada harimau.
Hanyang Universiti ada singa.
Inha Universiti ada naga.

Identiti binatang di Ulsan Universiti, aku pun tak berani jamin.

Katanya, naga laut.
Lepas itu ada sebut, pegasus.

Mampus!

Siapa tahu universiti ada letak gading gajah? Gajah pun jadi la!

Kebosanan mencipta kelainan.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

universiti gadjahmada(cmni ke eja die?) di indonesia ade x?

Nadia berkata...

ako rase salah satu universiti kat thailand mengunakan gajah sebagai logo diorg...kalo dah ade logo mesti la ada statue gajah...~!!

Unknown berkata...

dekat UM ada! hahaa. tp dekat ISB (institut sains biology) laaah.

ada kepala gajah, yang dah tinggal tulang dan gading nya.

dia orang buat macam pameran.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...