Ahad, September 12, 2010

Apabila pelajar kejuruteraan bersembang dengan doktor.

Baju t-shirt Polo dan di tuck-in, gaya sopan dan bila bercakap...sedap didengar.

OK, aku tak tahu siapa dia.
Disitu, aku ada dan dia baru nak makan. Dan dia seorang diri.


Beijing 2010 [25]

Doktor yang berbual dengan aku, mengatakan cemburunya budak kejuruteraan yang mempunyai imiginasi yang bagus.



Kami mulakan bicara dimana aku dijadikan subjek. Aku perkenalkan diri yang aku adalah pelajar kejuruteraan mekanikal dan automotif yang sudah beraya 6 kali diperantauan. OK.

Cerita semakin rancak tentang kemajuan Korea. Dia baru berada disini awal tahun dan akan pulang hujung tahun ini dan mengagumi kemajuan Korea.

Lepas itu...

Dia cerita pasal otak...
Dia cerita pasal barah otak...
Dia cerita pasal strok...
Dia cerita bagaimana wayar ditolak dari perut ke otak, untuk rawatan strok...
Dia cerita pula pasal darah denggi dan malaria...
Dia cerita pula pasal rawatan awal untuk demam denggi...

Lalu aku terbentak hati, "Siapa brader ni? Adakah dia doktor?"
Inilah kali pertama aku bercakap dengan pengamal perubatan dimana aku faham:

(1) sistem imunisasi manusia;
(2) konsep antibiotik;
(3) profesion doktor dan tangga gaji;
(4) mentaliti masyarakat Malaysia tentang penyakit kencing manis;
(5) kuantiti asid urik, protein dan makanan laut;
(6) ikan tidak ditimbang berat sebagai makanan laut;
(7) perbezaan virus dan bakteria;
(8) kenapa HIV adalah penyakit sukar dirawat;
(9) asas pembuatan vaksin terhadap virus;
(10) hepatitis A, B, C;
(11) hepatitis sebenarnya lebih bahaya dari HIV dari segi pemindahan penyakit;
(12) rawatan yang paling terbaik HIV;
(13) bagaimana pemindahan HIV berlaku;
(14) bentuk buah pinggang yang paling sukar ditemui: bentuk ladam kuda;
(15) rawatan untuk penyakit buah pinggang;
(16) nasihat untuk orang yang mempunyai buah pinggang bentuk ladam kuda;

...dan banyak lagi yang aku ingat...



Ini semua aku dengar di pagi raya kedua.

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

armouris berkata...

info tentang buah pinggang di SIHAT SELALU - Kegagalan Fungsi Buah Pinggang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...