Selasa, Ogos 10, 2010

Ramadhan Al-Mubarak: Bila segalanya terkunci...

Aku sekarang bukan berada disisi yang baik untuk mengajak orang buat baik. Mungkin akan rasa ditempelak oleh orang yang aku arahkan kepada kebaikan?

Bila aku diterima soalan:

"Port paling best ponteng puasa?"

Soalan yang baik kepada orang baik-baik, dan sebaliknya. Memang dijadikan segalanya berpasangan. Ayat ini bukan untuk bahasa Melayu sekolah ber-darjah. Baik dan buruk, langit dan bumi, jantan dan betina. Mungkin maksudnya...lain?


Ramadhan: Segalanya terkunci?



Aku berada diposisi dimana aku boleh menarik nafas panjang, duduk melihat ragam manusia melalui muka mereka untuk seketika dan berjalan menaiki motor lama kepunyaan kawan aku yang merantau ke Jepun. Motor dimana rimnya atau tempat duduknya penuh habuk yang boleh dijadikan tayamum.

Dan esok, puasa.
Sebentar tadi, pengumuman puasa.
Sudah masuk bulan Ramadhan.
Juga ada jemputan ceramah permulaan Ramadhan.

Mungkin aku telah ter'kunci' disini, tak mustahil aku membuka kunci yang baik dan tutup atau perbaiki yang lemah.

Dulu aku ingat kitab Feqah sukatan Universiti Azhar menulis dalam Arab, pengertian puasa seperti yang umumnya tahu. Bila usia dimamah (aku masih berumur 20-an), baru tahu dunia itu penuh pancaroba. Bukan hanya menahan nafsu makan dan minum.

Cuba jadi aku, sepanjang masa gadis berpeha putih memakai seluar pendek beberapa inci. Itu belum bahagian nampak bra hitam! Ada orang cakap, "Best-lah ko, dapat tengok peha awek Korea!". Kalau hari-hari kau tengok, tak rasa bosan-ke?

Masa awal-awal aku sampai Korea, waktu puasa dikala musim sejuk. Memang seronok, buka puasa awal. Pukul 5 dah gelap. Ketika itu tak kisah mana, semua pakai tutup-melitup. Sejuk.

Sekarang, hamik kau!





Syaitan, iblis sudah dikunci.
Tapi kenapa ada kes bunuh/rogol/rompak/curi dikala Ramadhan?
Aku pernah tujukan soalan ini kepada ustaz.
Jawapannya mudah.

Sebab sudah ter-BIASA.

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

Amar Alis berkata...

kuman setan dah melekat dalam diri.
tu pasal time setan kena gari pun boleh buat benda tak baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...