Selasa, Ogos 17, 2010

Projek Halka-Malka: Kronologi Kad Raya

Sila rujuk entri lama: Kronologi 15 Kad Raya.

Aku baru pulang dari keluar 3 hari bersama profesor aku, dimana keputusan semester aku (yang hanya 2 jam kredit) boleh bergantung padanya. Aku menghabiskan masa di kawasan begitu ceruk-lampau bahagian pantai timur Korea Selatan dan menghabis beberapa jam di bandaraya bersejarah Korea Selatan, Kyeongju. Bernasib baik lihat banyak bendera tergantung sana sini, melambangkan Korea Selatan sudah bebas dari Jepun pada Ogos 15.

Check email, banyak betul manusia request mengenai kad raya. Ada yang cuba membayar respek kepada aku kerana idea ini jarang sekali dipraktiskan. Apatah lagi di alaf baru. Ini semua gara-gara entri blog mengenai peti surat, yang sebenarnya aku ingin cerita pasal peti surat tapi aku cerita pasal "SIAPA NAK KAD RAYA!". Aku tak save yang asal...rupanya.

Itulah cerita bagaimana aku dapat request untuk kad raya...

Dalam bahasa Korea-nya, kalau ragu-ragu hendak melakukan sesuatu, biasanya mereka sebut: "Halka-Malka". Aku sekarang begitu. Aku nak teruskan, tapi mungkin kurang bajet dan terutamanya masa. Mungkin korang boleh kata, aku tengah cuti masa aku banyak, tapi sebenarnya bukan.

Aktiviti hantar kad raya ini bagi aku adalah amat positif sekali.
#1. Sebab jarang dapat kad raya.
#2. Posmen ada kerja untuk dilakukan.
#3. Kembali ke era tanpa email dan internet.

Disebabkan entri pasal kad raya itu sudah di-published, dan kepada yang sudah letak alamat ke apa ke, terima kasih. Siapa yang BETUL-BETUL-BETUL-BETUL berminat dengan projek ini, sila hantar alamat yang betul dan nama. Senangkan aku, tak payah aku nak tanya balik: "Eh, apa alamat kau ha!" Siapa yang pernah hantar alamat tu, sila buat sekali lagi. Bukan komen dibawah, tapi alamatkan di email yang tertera di sebelah. Bukan Facebook, Yahoo Messenger, Twitter dan lain-lain.

Sila baca ayat diatas betul-betul, yer.

Dan, kepada yang berharap sangat untuk kad raya ini, walaupun dalamnya tak ada duit raya janganlah suruh pujuk aku gila-babas nak kad raya. Aku akan putuskan samada hati aku ini mahu ke tidak nak hantar kad raya.

Bak kata orang putih, fifty-fifty (50-50).

OK, selamat menyambut Ramadhan.

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

Nadia berkata...

ako nak juin projek nie...(^^)V..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...