Rabu, September 01, 2010

Ortodok bukan bermaksud kita pengecut.

Secara rasminya, hari ini adalah hari permulaan semester baru.
Lawan katanya, semalam adalah hari terakhir cuti musim panas.

Cuba aku ulang ayat itu semula bila terselit perkataan separa 'hiper'...

Secara rasminya, hari ini adalah hari permulaan semester baru yang terakhir.
Lawan katanya, semalam adalah hari terakhir cuti musim panas yang terakhir.

(walaupun tiada kepastian aku bakal bergraduasi, cuma jangkaan pada kertas hitam putih)







Beijing 2010 [11]

Sekali lagi, aku berada dalam medan serabut.

Sekarang banyak idea tentang kehidupan, yang dicipta oleh seseorang melalui gaya pemikiran masing-masing atau berdasarkan peristiwa lampau yakni pengalaman.

Maka adanya terselit prinsip kejayaan...

Hidup ini umpama air, jangan dihanyut arus. Biarlah menongkah arus.
Gagal hari ini bukan gagal selama-lamanya.
Berani untuk berlaku silap.
dan pelbagai-bagai lagi...

Bila manusia pagan bertanya soal ketuhanan kau, apakah kau akan jawab bila ditanya:

"Kata ada Tuhan, tapi kenapa kau disuruh berlapar? (puasa),"

Sombong sungguh.
Aku cuma kata, "Kalau kau susah kau ingat siapa?"

Dia kata, "Mak ayah, teman perempuan, adik, pakcik..."
Aku bagi lagi soalan, "Kalau orang yang disebut itu pun lapar juga?"

Dia jawab, "Entah, aku tak percaya Tuhan!"
Aku diam.

Orang yang bertanya pun selalu angkuh dalam setiap perkara. Dia percaya budaya bangsa dia, disebab umur lebih kiranya lagi hebat dari diri dia. Disebabkan dia umur lebih dari aku, dia rasa apa yang dia buat adalah betul. Apa yang aku cakap, selalu diperlekehkan.

Jangan lihat siapa yang bercakap, dengar apa yang disampaikan.


Tak habis-habis dengan gelaran Hyeong-nim kau tu!

Kebosanan mencipta kelainan.

3 ulasan:

Nadia berkata...

hmmm....org yg xde kepercayaan mmg camtu...bersabar jer lah...

...All The Best n Gud Luck utk final sem...(^^)V...

Cik Iylia Syafiqah berkata...

weh!x sgke ko ade bakat wat ayat2 sastera gni!
syabbas :)
selamat berpuasa adib!

DandelinoiD berkata...

nadia: terima kasih...
iylia: aku belajar dari cikgu sheikh plak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...