Khamis, Jun 03, 2010

Gaza Flotilla: Sudah terang, lagi bersuluh.

Kalau aku menulis entri, selalunya aku selitkan 'joke' yang ringan-ringan sikit. Takdalah nak menambah tensi dikala membaca. Aku nak orang baca blog aku, rasa:

#1. Rasa bingung: Sebab sukar nak faham.
#2. Rasa menyampah: Kadangkala aku 'angkat bakul'.
#3. Rasa 'love in the air': Artikel pandangan aku terhadap cinta.
#4. Rasa kagum: Cara aku melihat suatu peristiwa/ketika.
#5. Rasa gembira: Cerita peristiwa lucu/separa lucu/super lucu.
#6. Rasa bosan: Bila aku mengarang benda merapu.


Ada satu soalan, bukan dituju khas kepada aku. Cuma membuatkan aku terfikir, apakah sumbangan aku sebagai seorang Muslim dan seorang 'human-being'. Soalannya umum:

"Orang lain tengah berdoa, solat hajat, supaya selamat aktivis yang hendak tolong Gaza. Kau duduk melopong tengok South Park!"

Setiap hari, aku tengok berita ini dari pelbagai sudut.
Ulasan dari CNN.
Ulasan dari Al-Jazeera.
Ulasan dari aktivis keamanan lain.
Ulasan dari blogger-blogger.

Sebenarnya, dari dulu sepatutnya lagi kita buat begini.
Berdoa untuk mereka.
Bukan sekarang baru nak menyibuk mencari group-group Facebook, "Anti-Zionis", "Saya membantah pembunuhan aktivis","Selamatkan GAZA".
Atau...tekan 'LIKE' pada mana-mana 'page'.

Ya, berdoa untuk mereka.
Setiap masa.
Jangan sekali lagi ada orang mati di tangan askar Israel/Yahudi/Zionis, baru nak berarak mengangkat bendera dan berdoa.

Ya, berdoalah untuk mereka.
Setiap masa.

Ya, cuba kita serius melihat suatu perkara.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...