Rabu, Jun 02, 2010

Bahana tidur petang.

Sebenarnya aku bukan tidur selepas Asar pun.
Tapi, lepas Zohor.

Selak nota, lepas tu terlelap.
Aku mimpi nasi lemak.
Nasi lemak lauk sambal ikan bilis.
Memang tak terkira sedap punya sambal itu.

Bangun-bangun je, rupanya ada sebahagian nota tadi masuk ke mulut.
Kalau aku ada 'smartphone', dah lama aku letak gambar nota aku dimana sukunya dibanjiri air liur.
Aku tengok jam, lagi 15 minit kelas nak bermula.
Aku ambil nota tadi, sebatang pensil mekanikal dan sehelai A4 untuk contengan.
Aku jalan laju sikit.

Acap telefon aku:
"Kau pergi kelas ke?" dia tanya.
"Aku tengah nak pergi la ni," jawab aku dengan nada macam akan masuk kelas lambat.
"Kau pergi betul ke ni?"
"Ye la. Dah depan asrama ni,"
"OK," Acap tamatkan perbualan.

Aku jalan macam atlit lumba jalan kaki.
Bezanya aku ada perut buncit untuk dipapah bersama.
Sampai kelas...

Tak ada orang. Tak ada orang. Tak ada orang.







Aku keluar dari kelas itu, pergi ke mesin 'gedegang'. Masukkan 500 won dan beli air Nescafe Ais.
Aku duduk kejap, nak hilangkan lelah.

Lepas itu aku pandang kain sepanduk di pintu masuk bangunan.

"SELAMAT MENGUNDI. KELAS HARI RABU DIBATALKAN."

Ini nasi lemak punya pasal ni.
Ke aku patut salahkan orang yang telefon aku tadi sebab tak 'remind' semula?


Aku duduk meja luar kelas siapkan laporan.
Mungkin aku dah tahap 'exhausted'...sekali lagi.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...