Jumaat, April 23, 2010

Orang muda sukakan kerja gila.

Kami mungkin muda lagi, kot.
Kami masih mampu makan nasi tanpa disuap.
Muda-kah kami?


"Malam ni main bola!"
"Kau turun, kau tak turun jaga kau!"
"Aku turun nanti, kau tengok nanti!"

Aku hanya berada di tengah perbualan 2 orang lelaki, aku pun yakin episod cabar-mencabar ini hanya omongan. Sebab jam sudah pukul 12:05 malam. Biasalah, lelaki pantang dicabar kononnya. Aku harap cabaran ini hanya habis dimulut sahaja.

Aku yang sedang melipat pakaian yang sudah dibasuh. Suara tak enak bermula...

"Jom oi?"
"Pergi mana?"
"MAIN BOLA LA!"
"Kau biar betul???!!!!". Aku tengok memang sudah lewat malam.
"Betul ha, kau ingat aku main-main!"
"Erm...ingat main-main,"


Kenapa aku cakap perbuatan/ajakan ini  adalah satu kegilaan?
Pertama; cuaca dipadang adalah sejuk!
Kedua; tiada bantuan lampu, yang ada lampu jalan warna oren!
Ketiga; hanya 3 orang sahaja termasuk aku!
Keempat; setiap bola sampai (setelah di-passing) terpaksa dikejar kerana tak nampak bola.
Kelima; banyak kali episod bola kena badan, tapi tak tahu datang dari mana.





Masa aku pulang, aku jerit kat jalan dan menyepak bola sekuat hati...

"APAHAL KORANG NI AJAK AKU BUAT KERJA GILA!!!!!!"

...bola yang aku sepak termasuk ke dalam padang bola lisut (baseball).
Terpaksa jua, tanpa sebarang cahaya redah padang bola lisut mencari sebiji bola.

Inilah waktu muda dan single, tanpa sebarang komitmen. Bola pulang ke rumah/bilik lewat malam setelah melakukan kerja gila.

Adakah kami cukup muda untuk dikatakan muda?




Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

zach berkata...

haha.siyes aku terkejut bila kau ckp br lepas balik main bola semalam.

tapi, skali sekala buat kerja gila, rasa puas kan?
haha. enjoy la zaman "muda" kau tu...

Tanpa Nama berkata...

sangat suka entry ni!
nanti mesti akan rindu zaman study yang penuh gelak tawa boleh buat kerja gila sesuka hati.


(1 week left, starting to miss my friends.)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...