Selasa, Mac 16, 2010

Ingatkan aku dah cukup bodoh.

Memang aku setuju dengan cakap Haikal dan pakar-pakar motivasi diri, yang kita kena cakap depan cermin setiap hari:

"Aku seorang yang cemerlang!"
"Aku seorang yang berjaya!"
"Aku kacak, tampan bergaya!"

Ini disarankan untuk mewujudkan keyakinan melampau apabila melalui hari itu.

Bila hari-hari kata begitu, boleh juga mewujudkan konflik diri iaitu yakin-lampau-habis. Dengan kata lain, muka tak segan. Contohnya main cilok barisan ketika berbaris ke bank. Adakah itu bangsat?


Ini kisah bagaimana aku mahu kata pentingnya mencetuskan 'aku adalah bodoh' dalam mind-set.


Rumet aku ni, memang arif banyak benda (aku tak mahu spesifikasikannya). Arif dia lebih dari aku. Suatu hari, dia ingin meminjam alat pemancar internet-tanpa-wayar yang aku beli tahun lalu. Disebabkan aku tidak memakainya, aku meminjamkan kepada dia. Bolehlah aku golek-golek dengan iPod aku nanti, sambil baca status rakan-rakan aku dalam Twitter.

Installer driver adalah bukan saiz CD yang biasa lanun-lanun jual kat pasar malam. Ini CD yang kecil tu. YANG KECIL. Aku tahu setiap CD driver boleh memainkan DVD, CD besar atau saiz kecil (lihat pada bulatan kecil di driver anda masing-masing). Masa aku beli DVD driver kali pertama, aku tak tahu yang driver ini boleh main CD kecilnya. Aku sampai beberapa tahun lalu, baru tahu pasal driver ni. Ini pun sebab aku tengok rancangan pasal saintifik sikit-sikit.

Jadi aku memang rasa dungu/bodoh betul sebab tak tahu pasal driver ni. Jangan dibandingkan dengan orang asli yang duduk dalam ceruk-ceruk benua Afrika lah. Sejak hari tu, aku rasa dah cukup bodoh dah. Sehinggalah saat itu...

"Install ni first, baru setting wireless," arah aku.
"Err...tapi CD kecik ni takleh masuk dalam kom aku la!"
"Apsal tak leh masuk?" aku lihat komputer dia sudah dilengkapi DVD/CD Combo Driver.
"Aku punya yang besar je leh masuk,"


Aku memang rasa nak gelak terbahak-bahak. Tapi, sejarah lama berulang semula. Aku pernah ada dalam situasi dia, seorang yang bodoh. Lalu aku berkata, aku ingat aku monolog dalaman, rupanya luaran. Ayat aku agak pedih bila didengar...

"Aku rasa aku dah cukup bodoh pasal benda ni...." sambil aku tepuk dahi.

"Kau jangan macam tu, aku tak tahu betul ni CD kecil leh masuk kat sini,"




Aku bagitahu dia, kenapa dalam CD/DVD driver ada bulatan kecil dan lubang ditengahnya. Dan, masalah itu dah settel.




Aku rasa masih bodoh dalam banyak perkara lagi. Disebabkan aku rasa aku pernah jadi orang yang bodoh, aku tak jadi ketawakan rumet aku. Jadi, tak salah kan kalau kita berfikir kita adalah bodoh, untuk mewujudkan sifat merendah diri?

Aku selalu dengar dari mulut orang, "Semakin lama aku belajar, semakin bodoh!".




Nenek saudara aku pesan, ilmu Allah itu luas. Nak tahu semua itu mustahil, sebab kita adalah makhluk-Nya. Dan seperti selalu MC majlis berkata, "Yang buruk itu datangnya dari kita,...."


PS: We wrote and read history, but never learn it.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...